Tolong Klik Iklan Ni

Sabtu, 14 Januari 2012

Penyalahgunaan Laman Sosial

Sekadar hiasan
Facebook kini merupakan satu fenomena dikalangan generasi muda dan mereka yang celik teknologi maklumat yang memanfaatkan laman sosial dengan sebaik-baiknya. Dengan adanya laman sosial ini, kita boleh berhubung dengan rakan-rakan dan juga membuat jaringan perniagaan dengan percuma.Tak perlu bayar pun, IT'S FREE!

Akan tetapi penggunaan laman sosial dan yang seangkatannya ada juga pro dan kontranya. Andainya disalahguna kearah keburukan, buruk lah akibatnya, contohnya jika digunakan untuk mengaibkan orang lain seperti menfitnah, meletakkan gambar-gambar yang tak senonoh dan seksi yang mana mungkin akan membangkit rasa ghairah kepada yang melihat gambar-gambar tersebut, jadi ia adalah berdosa disisi agama Islam tapi jika digunakan sebaliknya, ianya adalah harus.

Apa-apa pun, Facebook atau laman-laman sosial yang lain tidak bercanggah dengan agama Islam. Apa yang menjadi masalah, jika ia disalah guna untuk tujuan yang memudaratkan dan menganggu privasi dan keselamatan orang yang berkenaan sepertimana penggunaan alat komunisasi yang lain, pengguna laman sosial harus menjaga adab dan sensitiviti ketika melayari laman sosial.

2 ulasan:

Admin berkata...

atas kita
kalau baik digunakan
baiklah jadinya
kalau tak sebaliknya

Kizz Kazz berkata...

betul tu ustaz mitos...guna secara baik...baik lah jadinya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...