Tolong Klik Iklan Ni

Jumaat, 27 Januari 2012

Gambar-Gambar Sekitar FunDrive CNY TGK CREW To Klate


FunDrive CNY TGK CREW To Klate (FDCNYTK) telah berjaya dilangsungkan pada 23hb Januari 2012 dengan penyertaan 15 buah Exora ahli EOCM TGK CREW bersama famili masing-masing. Lokasi permulaan konvoi dilakukan di Kepala Bangau Jambatan Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Konvoi FDCNYTK mula berkumpul jam 6.30 pagi dan bergerak pada jam 7.00 pagi seperti mana yang dijadualkan dengan 4 buah Exora dilokasi tersebut.

Kira-kira jam 8.35 pagi, konvoi dari lokasi pertama tiba di lokasi kedua iaitu berhampiran Masjid Padang Nanas dimana 6 buah lagi Exora sedang menunggu. Lebih kurang jam 8.30 pagi setelah selesai taklimat dan arahan berkonvoi, pergerakkan konvoi diteruskan dengan melalui jalanraya pantai menuju ke Jertih untuk check point pertama diperkarangan Masjid Hadhari.


Setibanya konvoi dari Kuala Terengganu di check point kedua tersebut, konvoi berhenti seketika kira-kira 30 minit untuk bergabung dengan sebahagian lagi crew dari zon Besut iaitu sebanyak 4 buah Exora dan seterus diadakan sesi bacaan doa dan sesi bergambar.


Konvoi 15 buah Exora FDCNYTK diteruskan dengan lancar melalui Bandar Jertih menuju pula ke Pantai Irama Bachok untuk check point kedua dan bertemu, beramahmesra seterusnya menjamu selera dengan rakan-rakan exorian Kelantan yang turut mengadakan TT CNY Klate
lokasi pantai tersebut. Konvoi FDCNYTK tiba di Pantai Irama tepat jam 11.11 pagi dan seterus menyusunatur barisan Exora TGK CREW dan e.klate.net. Sebelum FDCNYTK bergerak meneruskan perjalanan ke Rantau Panjang, Cip TGK CREW sempat menyampaikan cenderahati kepada Cip e.klate.net sebagai tanda kunjungan persahabatan.


Kira-kira jam 1.00 tengahari, konvoi FDCNYTK diteruskan lagi kedestinasi terakhir iaitu Rantau Panjang dengan diiringi sebahagian rakan-rakan e.klate.net yang diketuai oleh Cip Klate saudara Matjohn. Dengan kerjasama mereka, konvoi dapat berjalan dengan lancarnya walau jalanraya pada ketika itu sentiasa sibuk lebih-lebih lagi dimusim cuti perayaan Tahun baru Cina terutama sekali di Kelantan yang kebiasaannya menjadi tumpuan orangramai membeli belah di Rantau Panjang. Sebelum konvoi meneruskan
penggerakkan ke Rantau Panjang, konvoi sempat berhenti seketika untuk menunai solat (solat jamak) di Masjid Beijing dan seterusnya mengambil peluang bergambar diperkarangan masjid tersebut.




Ketika di Rantau Panjang, konvoi menghadapi kesesakan jalan yang amat teruk. Walaubagaimanapun, TGK CREW tetap tabah dan berdisiplin mengatur gerak gempur menuju ke lokasi. Setelah selesai membeli belah di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, konvoi FDCNYTK bergerak pulang ke Terengganu tepat jam 7.00 malam.



Konvoi FDCNYTK sampai ke rumah masing-masing tepat jam 12.00 tengahmalam. Walaupun keletihan tetapi kegembiraan tetap terserlah pada wajah TGK CREW dan famili.

Dengan kejayaan FDCNYTK yang pertamakali dianjurkan ini, insyaAllah akan ada lagi siri-siri fundrive dimasa akan datang dan diharap lebih banyak lagi Exora TGK CREW menyertainya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...