Setiap orang didunia ini harus mempunyai ciri seorang pemimpin yang baik. Ini adalah kerana sifat semulajadi manusia yang saling bergantungan antara satu sama lain. Sebagai contoh, seorang suami perlu memimpin isteri, isteri pula perlu memimpin anak, anak pula perlu memimpin adik mereka yang lain, dan ia akan berterusan sehingga ke nisbah infinity. Sifat kepimpinan yang hanya ditujukan terhadap orang yang tertentu sahaja adalah tidak tepat sama sekali. Pemikiran ini haruslah diubah dan setiap manusia perlu memikul tanggungjawab ini. Tiada seorang pun yang bersifat berkecuali.
Begitu juga dalam organisasi kelab permotoran seperti EOCM. Antara pemimpin dan yang dipimpin adalah saling bergantungan antara satu sama lain. Tiada pemimpin tiada yang dipimpin. Kekuatan sebuah organisasi juga didayakan dengan sokongan padu orang bawahan yang mana jika sokongan tidak diberikan kepada pemimpin, maka sesebuah organisasi itu akan menimbulkan bibit-bibit perpecahan dan kebarangkalian untuk menenggelamkan sebuah organisasi adalah lebih tinggi jika tiada semangat atau roh PEMIMPIN & DIPIMPIN.
Sebelum mengetahui ciri utama seorang pemimpin yang baik, adalah perlu mengetahui definisinya terlebih dahulu. Pemimpin adalah bermaksud mempengaruhi manusia bagi mencapai objektif yang ditetapkan meliputi bidang arahan, dorongan atau motivasi melalui penyampaian lisan atau penulisan.
Ciri Utama Seorang Pemimpin:
* Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya terlalu merendah diri tetapi sekurang-kurangnya tidak bercakap besar.
* Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
* Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
* Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
* Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
* Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
* Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.
Walaubagaimanapun setiap yang dipimpin itu tidak dikecualikan dan perlu mempunyai beberapa ciri-ciri yang sepatutnya sebagai pengikut yang sentiasa mendengar arahan dari pemimpin atas persetujuan
Ciri Utama Yang DIPIMPIN:
* Mereka yang sentiasa mengikut arahan dan menjalan tugas/aktiviti tanpa paksa rela.
* Mereka mesti menganggap setiap pekerjaan/aktiviti dan tugas perlu dilakukan dengan amanah.
* Mereka mesti menghormati pemimpin walaupun seseorang pemimpin itu lebih muda dari kalangan mereka.
*Mereka juga perlu tahu keperluan bahawa sesuatu aktiviti akan berjalan dengan lancar seperti mana yang dirancangkan oleh pemimpin.
* Mereka perlu saling bantu membantu antara satu sama lain untuk menggerakkan aktiviti atas arahan pemimpin.
Dengan ciri-ciri yang ditulis diatas, adalah diharapkan semua EXORIAN tanpa mengira yang lama atau yang baru agar boleh mengaplikasikan dalam penggerakan kelab kita EOCM supaya terus mantap dan berkualiti untuk terus maju kehadapan menjadi sebuah organisasi yang dihormati diarena kelab permotoran/rekreasi di Malaysia. 1 EXORIAN 1 MALAYSIA 1 MALAYSIA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan