Tolong Klik Iklan Ni

Sabtu, 12 Julai 2014

Pameran Lukisan 1MCAT PeTer, Muzium Negeri Terengganu dan Pelita

Program 1MCAT Negeri Terengganu akan berlangsung di Muzium Negeri Terengganu pada 12 Ogos 2014 bersamaan 16 Syawal 1435H dengan kerjasama Kementerian Perlancungan dan Balai Seni Visual Negara (BSVN) dan juga pameran "Buatmu Duhai Tanahair" anjuran Muzium Negeri bersama dengan Pejabat Perlancungan Negeri, Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer) serta Persatuan Sasterawan Negeri Terengganu (Pelita) dan juga majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri oleh Muzium Negeri Terengganu.

Dengan itu, pelukis-pelukis PeTer dikehendaki menghantarkan karya lukisan maksima dua buah (2) lukisan setiap seorang berkenaan tema tersebut untuk pameran dan jualan. Karya-karya pelukis PeTer akan dipamerkan sekali dengan koleksi lukisan dari pihak Muzium Negeri Terengganu dan juga karya puisi dari Pelita.

Perlu diingatkan, 2 buah lukisan akan dipilih untuk dijadikan cenderahati perasmi pameran tersebut kepada SUK, Ketua Pengarah BSVN atau lain-lain. Pada masa tersebut dijemput juga pihak pengurusan hotel2 dan jabatan-jabatan kerajaan sekitar Kuala Terengganu untuk hadir pada tarikh program tersebut. Semua karya-karya akan dibukukan dan diberi percuma kepada pengkarya.

Dengan itu, adalah diharapkan para pelukis dapat menghantar karya satu (1) minggu sebelum raya nanti. Pelukis hendaklah menyertakan biodata peribadi seperti berikut:

1. Nama penuh
2. Tarikh lahir
3. Pendidikan tertinggi
4. Kejayaan yang diperolehi

Karya yang dihantar untuk pameran perlu disertakan:

1. Nama pelukis
2. Tajuk lukisan ( 2 karya)
3. Medium
4. Tahun (karya yang dihasilkan)

Untuk mesyuarat agung (AGM) PeTer akan turut diadakan pada bulan September 2014 nanti bersama pameran tersebut. Begitu juga Residensi Pelukis Siri ke 2 akan diadakan dan akan diberitahu tempatnya nanti. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Timbalan Pengerusi Penaja Encik Sabri ditalian 019-9630015

Sekian dimaklumkan. Terimakasih.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...