Tolong Klik Iklan Ni

Isnin, 2 Julai 2012

Spain Juara EURO 2012


Seperti dijangka, Spain akhirnya dinobat sebagai juara EURO 2012 yang telah tamat perlawanan final menentang Italy dengan keputusan 4 - 0 pada . Wah 4 bijik tu, mudah jer Italy kena 'ayam' dengan Spain...hahahaha.

David Silva menjaringkan gol pertama Spain pada minit ke 14 sementara Jordi Alba menyumbat gol kedua pada minit 41 separuh masa pertama. Hah ingat kan Italy akan membalas jaringan pada separuh masa kedua tapi sebaliknya pula terjadi. Pada separuh masa kedua, Spain menambahkan lagi jaringan melalui dua pemain gantian iaitu Fernando Torres dan Juan Mata masing-masing pada minit ke 84 dan minit ke 88.


Nampaknya 'ayam tambatan' Azzurri, Super Mario (Mario Balotelli) tak menjadi pada malam final EURO 2012. Apa nak buat, dah nasib bro! hahahahaha

Dengan kemenangan mengalahkan Italy 4 - 0, Spain berjaya mencipta nama memenangi gelaran berprestij di peringkat Eropah dan Dunia tiga tahun berturut-turut iaitu Piala Dunia 2008 dan 2010 serta EURO 2012 (Piala Eropah). Nasib la Italy. Permainan dikira seimbang tapi Spain lebih baik! 
La Roja!!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...