Tolong Klik Iklan Ni

Isnin, 23 Julai 2012

Kurma Dan Khasiatnya


Setiap kali menjelang Ramadhan, kurma merupa satu hidangan 'wajib' ada dirumah masing-masing sebagai 'menu' utama sebelum kita mula menjamah juadah berbuka puasa yang lain-lainnya.

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: ''Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tiada makanan''. 


Ini jelas, kurma diangkat tinggi oleh Baginda kerana ia mengandungi nilai pemakanan yang tinggi. Kurma atau  disebut juga 'buah tamar' mengandungi khasiat yang tinggi seperti kismis dan buag aprikot kering dan kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C, zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Protein yang terdapat dalam kurma mengandungi lebih kurang 1.8 - 2.0 per/100 manakala kandungan serat 2.0 -4.0 per/100 dan kandungan gula pula 50 -57 peratus glukosa. Apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserapkan tubuh adalah serta merta yang mana adalah sebaliknya jika kita memakan buah-buahan yang kandungan gulanya yang dikenali fratkosa sementara gula tebu atau gula pasir yang mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus kedalam tubuh kita.

Kita disunatkan memakan buah kurma terlebih sebelum kita menjamah juadah lain kerana selama lebih kurang 13 jam kita tidak makan selepas imsak. Kurma menyumbang tenaga serta merta dan ini secara tak langsung memudahkan kita menunaikan solat maghrib dan terawih.

Kurma diakui sebagai buah yang amat berkhasiat sebagaimana FirmanNya: ''Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma atau anggur untuk kamu. Disana kamu perolehi buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan'' - Surah Al-Mukminah ayat 19.


''Jika sesiapa yang selalu memakan kurma akan terhindar dari racun yang dimakan'' ' Diriwayat Aishah R.A.


Oleh itu, pastikan sepanjang bulan Ramadhan, kurma adalah menu utama kita, walaubagaimana kurma tidaklah tertakluk pada bulan Ramadhan sahaja. Pada bulan-bulan lain pun kurma sepatutnya menjadi makanan 'harian' kita kerana khasiatnya yang tinggi.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...