Tolong Klik Iklan Ni

Rabu, 20 Jun 2012

Terengganu Mount Berembun Green Challenge 2012


Terengganu sekali lagi akan menganjurkan program untuk kali kedua iaitu Terengganu Mount Berembun Green Challenge 2012, kerjasama kerajaan Terengganu dengan Persatuan Kembara Negara dan turut mendapat sokongan Kementerian Pelancungan Malaysia, Tourism Malaysia, Jabatan Perhutanan Negeri dan Ketengah dengan menawarkan hadiah yang lumayan dan menarik kepada peserta bernilai RM27,000.

Pertandingan yang akan dilangsungkan pada 30 Jun ini bermula di Hutan Lipur Air Terjun Chemerong didalam Hutan Simpan Pasir Raja Dungun. Dengan ketinggian 1108 meter/3405 kaki, Gunung Berembun turut mempunyai air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu 305 meter.

Bagi memeriahkan acara tersebut, pelbagai acara sampingan akan diadakan seperti pameran dan jualan, cabaran fotografi media, lawatan kembara bersama media, pertandingan mewarna dan juga cabutan bertuah.

Kategori Pertandingan;
1. Terbuka Lelaki/Wanita (22 tahun keatas)
2. Terbuka Veteran Lelaki (40 tahun keatas)
3. Terbuka Remaja Lelaki/Wanita (15 -21 tahun)
4. Tertutup Terengganu Lelaki/Wanita (18 tahun keatas)

Yuran Penyertaan;
1. Kategori Terbuka Lelaki/Wanita - RM60
2. Kategori Terbuka Veteran Lelaki - RM40
3. Kategori Terbuka Remaja Lelaki/Wanita - RM30
4. Kategori Tertutup Terengganu Lelaki/Wanita - RM40

Borang Penyertaan;
Borang penyertaan boleh didapati melalui laman web: Persatuan Kembara Negara


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...