Tolong Klik Iklan Ni

Jumaat, 8 Jun 2012

Pemenang Logo TMT 2013


Siti Nazira Abd Rahman, 23 tahun iaitu pelajar Art & Design Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah dipilih sebagai pemenang peraduan mencipta logo Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013). Pertandingan mencipta logo TMT 2013 yang bertemakan Aspirasi Darul Iman - Satu Idea Satu Harapan telah menerima sebanyak 130 penyertaan.

Dengan kemenangan itu, Siti Nazira Abd Rahman yang berasal dari Kampung Pauh, Kuala Berang, membawa pulang hadiah utama bernilai RM10,000 dan 4 lagi peserta masing-masing mendapat hadiah saguhati bernilai RM1000 setiap seorang.

Pelbagai keunikan yang sinonim dengan negeri Terengganu ditampilkan oleh Siti Nazira Abd Rahman dimana mempunyai gambaran berkaitan dengan penyu, kejohanan perahu layar (Monsoon Cup), songket/batik, tembaga dan pulau pada logo Tahun Melawat Terengganu 2013 tersebut.

Sumber

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...