Tolong Klik Iklan Ni

Jumaat, 22 Jun 2012

Nak Masuk Melukis!

Karya peserta-peserta Citra Terengganu 2010 yang dipamerkan

Esok 23 - 25 Jun 2012 selama 3 hari berturut-turut, pertandingan melukis Citra Terengganu 2012 anjuran Lembaga Muzium Negeri Terengganu dalam 'kategori spontan' (motif batik) akan bermula. Dijangka ramai pelukis-pelukis akan terlibat menyertai pertandingan tersebut seperti mana pada tahun-tahun yang lepas.

Dah 3 tahun berturut-turut (2011 pertandingan takde) aku tak masuk bertanding...hahahaa. Bukan apa, saja jer nak berehat @ kesuntukan masa...masa tak mengizin lah tu!

Untuk tahun ni seboleh mungkin aku luangkan sedikit masa sertai pertandingan kali ni. Bukan hadiah yang aku target tapi yang seronoknya dapat bertemu dengan rakan-rakan seangkatan. Boleh tengok hasil kerja karya rakan-rakan secara live disamping bertukar-tukar fikiran atau sekadar bertanya khabar. Oh ya...untuk 'kategori siap', aku tak hantar karya pun...takde idea nak lukis motif songket...hehehee.

Kepada pelukis samada yang jauh atau berdekatan, pendaftaran masih dibuka pada hari pertama pertandingan dengan yuran penyertaan hanya RM30 jer. Dan kepada peminat-peminat senilukis, boleh berkunjung di Muzium Negeri Terengganu, Bukit Losong untuk melihat pelukis-pelukis beraksi!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...