Tolong Klik Iklan Ni

Jumaat, 14 Disember 2012

Tip Penjagaan Songket


Kain songket merupakan seni tenunan warisan Melayu yang mempunyai corak-corak yang dihasilkan dengan menggunakan kain yang ditenun dengan disulam benang emas ataupun benang perak. Kemahiran dan kreativiti penenun terserlah melalui sususan dan jalinan benang emas atau perak bagi membentuk motif yang menghiasi badan kain, kepala kain dan kaki kain.

Kain songket mempunyai nilai yang tinggi dalam masyarakat Melayu. Kebiasaannya kain songket digunakan sebagai sampin yang dipakai dengan baju Melayu bagi lelaki dan dibuat baju kurung atau kebaya dan kebiasaannya juga dipakai pada majlis-majlis tertentu.

Selain itu, kain songket boleh dijadikan koleksi yang sangat berharga kerana lagi lama dimiliki oleh seseorang, nilainya akan lebih tinggi. Oleh itu penjagaan kain songket mestilah dilakukan dengan sempurna untuk mengelakkan benang tenunan daripada patah atau rosak. Berikut tip penjagaan yang betul untuk kain songket supaya ia tahan lebih lama.

1. Gunakan kertas bebas asid sebagai pelapik pada permukaan dalam dan luar kain sebelum digulungkan pada helaian kain songket.
2. Sarung pelekat juga boleh digunakan pada alas untuk menggulung kain songket.
3. Simpan gulungan songket dengan cermat secara menegak di dalam almari bagi mengelakkan daripada dihempap oleh fabrik atau pakaian lain.
4. Elakkan menggosok kain songket kerana ia akan menjejaskan kualiti tenunan benang emas itu sendiri.
5. Cucian kering (dry cleaning) merupakan pilihan yang sesuai.
6. Selain itu, teknik gerus adalah cara mengilat kain songket iaitu menggunakan papan gerus, siput gerus, damar batu dan lilin lebah agar kain songket lebih berseri dalam jangkamasa yang lama.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...