Tolong Klik Iklan Ni

Isnin, 21 Mei 2012

Pewarna Batik Berasaskan Sumber Semulajadi


Batik tempatan mempunyai kelebihan tersendiri berbanding batik negara jiran. Mempunyai ahli keluarga yang gemar memakai pakaian berasaskan batik menyebabkan saya sering berkunjung ketempat pembuatan batik dan tempat jualannya. Difahamkan pewarna berasaskan sumber semulajadi dapat menghasilkan produk batik lebih bermutu.


Apakah pengusaha batik tempatan tidak berhasrat beralih menggunakan pewarna semulajadi ini?



Faktor pencemaran alam sekitar memberi kesedaran kepada Kraftangan Malaysia dibawah Unit Kajian Teknologi untuk menghasilkan pewarna berasaskan sumber semulajadi. Kajian dilakukan membabitkan ratusan pokok, akar, buah, teras pokok dan daun antaranya seperti cempedak, gajus, kari, senduduk, mangga, nangka, kandis, kuinin, helikonia, pandan, halban, nam-nam, sentul, tembakau, sitam, kulit kayu bakau, biji rambutan hantu dan kulit mengkudu.

Walaupun harganya murah berbanding pewarna berasaskan kimia, proses pembuatan pewarna asli ini lebih rumit kerana memakan masa yang terlalu lama serta harus melalui proses yang berperingkat untuk menghasilkan warna yang menarik, unik, eksklusif dan berkualiti.

Penggunaan sumber semulajadi ini boleh menghasilkan warna yang jarang didapati kerana warna yang terhasil berbeza serta unik daripada sejenis daun disebabkan suhu sekeliling ketika ia diambil, jenis mordan (pemati warna) dan jenis kain yang digunakan.

Pihak kami telah melakukan kajian bermula pada 1995 sehingga sekarang dan pada masa yang sama mendapat khimat nasihat daripada Institut Kajian Hutan Malaysia (FRIM) mengenai jenis pokok dihutan.

Muhammad Nasruddin Mustaffa Kamal,
Penolong Pengarah Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Cawangan Kelantan.




* Cerita ni aku dah lama dah dengar, sampai hari ni entah lah...bilalah pewarna berasaskan sumber semulajadi ni akan dikomersialkan!

Sumber: Berita Harian
Foto: Haya Batik

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...