Tolong Klik Iklan Ni
Jumaat, 25 Mei 2012
Persahabatan Sepanjang Hayat!
Kita patut berbangga dengan kejayaan TGK CREW yang mana kita sudah gah sebagai sebuah kelab dibawah naungan EOCM khasnya di Terengganu. Beberapa siri TT dan satu dua konvoi telah kita lakukan seperti Fundrive CNY To Klate (kemudian bergabung dengan rakan2 EOCM GEK - TT CNY Klate @ Pantai Irama Bachok) dan juga mini konvoi disekitar bandaraya Kuala Terengganu.
Kita juga turut dijemput menghadiri City Night Games 2011 diperkarangan Kompleks Stadium Gong Badak yang mana kelab-kelab kereta lain di Terengganu juga turut terbabit. Kita berjaya menganjurkan TT Durian 2011 di I-City Pulau Warisan dengan penyertaan rakan-rakan dari luar dengan kehadiran sebanyak 23 buah Proton Exora termasuk Presiden EOCM dan yang paling terkesan, kejayaan menganjurkan GEER 2011 (Gathering Exorian Eastern Region) di Kuala Terengganu pada 17 September untuk pertamakalinya dengan penyertaan sebanyak 50 buah Proton Exora dari wilayah timur dan tengah.
Untuk menganjurkan sesebuah event/konvoi bukan satu perkara yang senang atau mudah, pelbagai halangan dan cubaan terpaksa kita tempuhi. Walaupun TGK CREW bukanlah satu komuniti yang besar jika dibandingkan dengan rakan-rakan dari luar, sekurang-kurangnya kita mampu menggerakkan beberapa aktiviti kelab. Dengan bilangan ahli yang lambat berkembang namun kita mampu merangsang suasana berkrlab sesama kita. Kita juga tersenyum bangga kerana dapat mengadakan TT gabungan dengan kelab Proton Persona di Terengganu ( PPOC/PPEOC) iaitu TT Berbuka Puasa Gabungan 2011 di I-City Pulau Warisan. Dalam keadaan tertentu, kita juga turut menyambut kunjungan rakan-rakan sekelab dari luar kawasan iaitu TT Masjid Kristal sempena lawatan muhibah Exoculim NR (ketika itu...) dan juga TT Berbunga Qasih di Taman Panorama, Bukit Pak Apil pada 10.3.2012 yang lalu atas kunjungan rakan-rakan dari CR (VIP/3G/Warikh)
Penutup kata:
Keterlibatan kita selama dalam EOCM amnya TGK CREW khasnya dalam event yang dianjurkan, semua itu adalah atas kesepaduan kita sebagai rakan sealiran pemilik Proton Exora. Bersatu padu, saling hormat menghormati dan bantu membantu dalam apa jua keadaan. Contohnya kesanggupan kita meluangkan masa melibatkan diri memeriahkan event yang dianjurkan samada datang secara berseorangan mahupun bersama famili masing-masing.
Kita tetap berseronok bersama dan 'bersedih' bersama. Kutuk mengutuk dalam forum/fb grup adakalanya sampai bergaduh namun apabila kita bertemu, kita tetap bergurau senda seperti tiada apa-apa yang berlaku semasa diforum/fb grup.
Dalam keseronokan berkelab, kita perlu berhati-hati atas kemungkinan adanya cubaan menghancurkan keharmonian dan kegembiraan berkelab yang kita kecapi selama ini. Apa yang hendak dinyatakan disini ialah kesepaduan kita merupakan jalinan PERSAHABATAN SEPANJANG HAYAT!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan