- P3-21A ini didatangkan dengan 2 point 'Front strut bar' yang memegang kedua-dua roda hadapan kereta. Strut bar ini berfungsi untuk mengurangkankan body roll ketika kenderaan berada di selekoh-selekoh tajam, sekaligus mengembalikan cengkaman pada kedua-dua roda tersebut keatas jalan raya.
Gambar Contoh
- Sambungan boot/trunk di belakang tidak menggunakan sistem absorber seperti Persona, tetapi hanya menggunakan sistem seperti Saga. Kedua-dua sistem ini sama sahaja fungsinya dan tidak memberikan apa-apa perbezaan malah Honda City juga menggunakan sitem yang sama. Mungkin ini adalah salah satu cara untuk mereka menjimatkan kos supaya mereka dapat fokus kepada bahagian yang lebih utama.
Gambar Contoh
- Saya difahamkan bahawa tiada lagi lining Chrome di bahagian belakang untuk versi Premium P3-21A ini. Untuk kesemua versi lining tersebut akan di cat mengikut warna kereta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan