Tolong Klik Iklan Ni
Ahad, 29 Januari 2012
Khazanah Islam Dari China - Destinasi Ming
Lembaga Muzium Negeri Terengganu akan mengadakan satu pameran antarabangsa Khazanah Islam Dari China mulai 14 Februari hingga 13 Julai 2012 bertempat di Galeri Mandalika Muzium Negeri Terengganu di Bukit Losong, Kuala Terengganu.
Pameran dengan kerjasama Topchain Capital Sdn. Bhd. mempamerkan artifak berunsur kesenian Islam dari pelbagai destinasi China terutama Destinasi Ming. Pelbagai artifak kesenian termasuk yang diperbuat dari emas, perak, gangsa, porselin dan batu jed dijangka bakal menarik minat pengunjung pameran tersebut. Turut dipamerkan, naskah Al-Quran bersadur emas dari empayar Othmaniah yang bernilai lebih RM170 juta yang akan menjadi tarikan utama pengunjung.
Muzium dan penganjur juga turut mempamerkan artifak dari destinasi lain yang mempunyai ciri dan motif berbeza. Pameran tersebut akan dibuka jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Sabtu hingga Khamis, jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari pada hari Jumaat.
Kepada bakal pengunjung-pengunjung, silalah datang beramai-ramai untuk melihat sendiri artifak kesenian Islam yang dipamerkan. Juga turut diadakan pelbagai acara/aktiviti sampingan dari masa kesemasa sepanjang pameran Khazanah Islam Dari China.
Sabtu, 28 Januari 2012
Varian Baru Proton Exora Star Di Pasaran Indonesia
Indonesia menerima Proton Exora Star dengan tambahan 2 varian baru dan transmisi baru yang dikeluarkan PT. Proton Edar Indonesia (PT.PEI) iaitu Exora Star Executive dan Exora Star Premium yang mana sebelum ini hanya Exora Star bertransmisi manual.
Varian terbaru untuk pasaran Indonesia ini dilengkapi dengan penambahan eksesori buatan Indonesia sebagai tambah nilai dan strategi pasaran dari PT.PEI kepada bakal pembeli yang menginginkan kenderaan MPV yang selesa dengan beberapa ciri-ciri yang mempunyai 'value for money'.
Antara eksesori buatan Indonesia yang terdapat pada ketiga-tiga varian tersebut adalah:
Exora StarDilengkapi dengan dua varian transmisi iaitu manual dan auto serta aksesori tempatan berupa head unit 2 DIN (USB, Bluetooth, CD), Door Visor, Side Body Moulding serta tinted glass.
Exora Star ExecutiveTerdapat aksesori yang sama dengan Exora Star tetapi ditambah dengan Head Unit 2 DIN (USB, Bluetooth, DVD), Semi Leather Seat, Alloy Wheel, Rear Parking Sensor, Rear Garnish Body Color, Pilar B&C Black color, Outside mirror cover, foglamps serta spoiler dengan High Mounted Stop Lamp.
Exora Star PremiumMemiliki semua perlengkapan yang sama dengan Star Executive dan ditambah dengan Head Unit 2 DIN (USB, Bluetooth, DVD dan GPS), Roof mounted DVD Monitor, Full Leather Seats, Front Parking Camera, Rear Parking Camera, Rear Garnish Chrome, Door handle chrome, Bodykit front, rear dan side serta spoiler+HMSL.
Harga Yang Ditawar Di Indonesia
* Exora Star M/T - Rp 154.000.000
* Exora Star A/T - Rp 165.000.000
* Exora Star Executive M/T - Rp 168.000.000
* Exora Star Executive A/T - Rp 179.000.000
* Exora Star Supreme M/T - Rp 188.000.000
* Exora Star Supreme A/T - Rp 199.000.000
Sumber: ariefinm
Jumaat, 27 Januari 2012
Gambar-Gambar Sekitar FunDrive CNY TGK CREW To Klate
Selasa, 24 Januari 2012
FunDrive CNY TGK CREW To Klate ~ On Moving
Dengan penyertaan 15 buah Proton Exora
Jumaat, 20 Januari 2012
FunDrive CNY TGK CREW To Klate
![]() |
Stiker Fundrive yang akan ditampalkan dicermin belakang Exora |
InsyaAllah pada 23hb Januari 2012 iaitu cuti sempena Tahun Baru Cina, TGK CREW bersama famili akan mengadakan satu 'Fundrive CNY To Klate' sebagai memenuhi kelendar aktiviti yang akan disertai 12 buah Exora TGK CREW.
Setelah TT Taklimat yang dilangsungkan pada malam 19hb Januari diPantai Batu Burok, mengikut perbincangan dan perancangan yang diaturkan, fundrive akan mula berkonvoi dari 2 lokasi iaitu Stesyen Mobil Jambatan Sultan Mahmud dan Masjid Padang Nanas pada jam 7.00 pagi kemudian akan melalui jalan pantai ke check point pertama di perkarangan Masjid Hadhari bandar Jertih dengan 3 lagi crew TGK menunggu disitu.
Konvoi akan meneruskan perjalanan ke Pantai Irama Bachok untuk singgah sebentar di check point kedua, yang mana rakan-rakan EOCM Klate turut mengadakan TT CNY Klate untuk tujuan berkenalan dan beramahmesra sambil menjamu selera dengan 'potluck' yang dibawa dari rumah masing-masing. Kemudian konvoi akan meneruskan perjalanan ke Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang.
Ini merupakan konvoi pertamakali yang dianjurkan oleh TGK CREW pada tahun 2012 yang bertujuan memahami selok belok tatacara berkonvoi, kerjasama sesama crew TGK dan kepentingan penggunaan dan keselamatan jalanraya secara berhemah disisi undang-undang jalanraya.
Sabtu, 14 Januari 2012
Penyalahgunaan Laman Sosial
![]() |
Sekadar hiasan |
Akan tetapi penggunaan laman sosial dan yang seangkatannya ada juga pro dan kontranya. Andainya disalahguna kearah keburukan, buruk lah akibatnya, contohnya jika digunakan untuk mengaibkan orang lain seperti menfitnah, meletakkan gambar-gambar yang tak senonoh dan seksi yang mana mungkin akan membangkit rasa ghairah kepada yang melihat gambar-gambar tersebut, jadi ia adalah berdosa disisi agama Islam tapi jika digunakan sebaliknya, ianya adalah harus.
Apa-apa pun, Facebook atau laman-laman sosial yang lain tidak bercanggah dengan agama Islam. Apa yang menjadi masalah, jika ia disalah guna untuk tujuan yang memudaratkan dan menganggu privasi dan keselamatan orang yang berkenaan sepertimana penggunaan alat komunisasi yang lain, pengguna laman sosial harus menjaga adab dan sensitiviti ketika melayari laman sosial.
Pemimpin & Dipimpin
Setiap orang didunia ini harus mempunyai ciri seorang pemimpin yang baik. Ini adalah kerana sifat semulajadi manusia yang saling bergantungan antara satu sama lain. Sebagai contoh, seorang suami perlu memimpin isteri, isteri pula perlu memimpin anak, anak pula perlu memimpin adik mereka yang lain, dan ia akan berterusan sehingga ke nisbah infinity. Sifat kepimpinan yang hanya ditujukan terhadap orang yang tertentu sahaja adalah tidak tepat sama sekali. Pemikiran ini haruslah diubah dan setiap manusia perlu memikul tanggungjawab ini. Tiada seorang pun yang bersifat berkecuali.
Begitu juga dalam organisasi kelab permotoran seperti EOCM. Antara pemimpin dan yang dipimpin adalah saling bergantungan antara satu sama lain. Tiada pemimpin tiada yang dipimpin. Kekuatan sebuah organisasi juga didayakan dengan sokongan padu orang bawahan yang mana jika sokongan tidak diberikan kepada pemimpin, maka sesebuah organisasi itu akan menimbulkan bibit-bibit perpecahan dan kebarangkalian untuk menenggelamkan sebuah organisasi adalah lebih tinggi jika tiada semangat atau roh PEMIMPIN & DIPIMPIN.
Sebelum mengetahui ciri utama seorang pemimpin yang baik, adalah perlu mengetahui definisinya terlebih dahulu. Pemimpin adalah bermaksud mempengaruhi manusia bagi mencapai objektif yang ditetapkan meliputi bidang arahan, dorongan atau motivasi melalui penyampaian lisan atau penulisan.
Ciri Utama Seorang Pemimpin:
* Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya terlalu merendah diri tetapi sekurang-kurangnya tidak bercakap besar.
* Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
* Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
* Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
* Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
* Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
* Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.
Walaubagaimanapun setiap yang dipimpin itu tidak dikecualikan dan perlu mempunyai beberapa ciri-ciri yang sepatutnya sebagai pengikut yang sentiasa mendengar arahan dari pemimpin atas persetujuan
Ciri Utama Yang DIPIMPIN:
* Mereka yang sentiasa mengikut arahan dan menjalan tugas/aktiviti tanpa paksa rela.
* Mereka mesti menganggap setiap pekerjaan/aktiviti dan tugas perlu dilakukan dengan amanah.
* Mereka mesti menghormati pemimpin walaupun seseorang pemimpin itu lebih muda dari kalangan mereka.
*Mereka juga perlu tahu keperluan bahawa sesuatu aktiviti akan berjalan dengan lancar seperti mana yang dirancangkan oleh pemimpin.
* Mereka perlu saling bantu membantu antara satu sama lain untuk menggerakkan aktiviti atas arahan pemimpin.
Dengan ciri-ciri yang ditulis diatas, adalah diharapkan semua EXORIAN tanpa mengira yang lama atau yang baru agar boleh mengaplikasikan dalam penggerakan kelab kita EOCM supaya terus mantap dan berkualiti untuk terus maju kehadapan menjadi sebuah organisasi yang dihormati diarena kelab permotoran/rekreasi di Malaysia. 1 EXORIAN 1 MALAYSIA 1 MALAYSIA.
Rabu, 11 Januari 2012
Mengenali Enjin CFE 1.6L
1. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan CFE? Ceritakan secara ringkas.
CFE ialah ringkasan kepada Charged Fuel Efficiency. Secara ringkasnya, enjin CFE ini memberikan tenaga seperti sebuah enjin 2.0 liter ketika diperlukan tetapi memberikan pulangan penggunaan minyak yang baik di dalam keadaan pemanduan santai, seperti memandu di lebuhraya, ketika melahu atau ketika memandu di dalam kesesakan lalulintas.
2. Adakah CFE ini enjin baru sepenuhnya ataupun masih lagi berasaskan enjin Campro tetapi dengan beberapa pengubahsuaian?
Enjin 1.6 liter Campro CFE dibina berdasarkan enjin Campro tetapi dengan peratusan besar pembaharuan yang terdiri dari komponen unik kepada enjin CFE sahaja.
3. Boleh ceritakan apa yang telah diubahsuai untuk enjin CFE ini? Ceritakan secara ringkas bahagian yang telah diubahsuai dan sebab-sebab pengubahsuaian.
Antara pengubahsuaian yang dilakukan ialah komponen-komponen utama seperti aci engkol, aci sesondol, rod penyambung, blok silinder dan kepala silinder enjin telah ditukar kepada rekabentuk baru.
4. Bagaimana cara CFE berfungsi?
CFE sebenarnya berfungsi di atas dasar mampatan paksaan (forced induction). Ia menggunakan daya gas ekzos berkelajuan tinggi untuk memusingkan pemampat yang akan kemudian memaksa lebih banyak udara luar masuk ke dalam kebuk pembakaran.
Udara tambahan itu akan dibekalkan dengan bahan api yang secukupnya untuk menjana lebih banyak tenaga. Hasilnya, enjin 1.6 liter Campro CFE mampu memberikan kuasa kuda seperti sebuah enjin 2.0 liter tanpa sistem mampatan paksaan.
Kelebihan enjin 1.6 liter Campro CFE ini ialah sistem pemampat hanya beroperasi selepas 2,000 RPM. Bila enjin bergerak di bawah paras tersebut, penggunaan bahan bakar akan menjadi lebih rendah dari enjin 2.0 liter.
5. Apa perbezaan antara Low Pressure Turbo (lazimnya dikenali sebagai Low Inertia Turbo) dan High Pressure Turbo (atau High Inertia Turbo)?
Low Pressure Turbo atau LPT menggunakan turbin yang kecil dan mampu beroperasi dengan halaju gas ekzos yang rendah (RPM enjin rendah). Oleh kerana itu, ia menghasilkan pemampatan (boost) yang rendah.
High Pressure Turbo pula memerlukan halaju gas ekzos yang lebih tinggi kerana turbin yang lebih besar. Hasilnya, mampatan yang lebih tinggi.Enjin CFE menggunakan LPT kerana fokus lebih kepada daya kilas yang tinggi pada RPM yang rendah (low end torque). Ini akan membantu dari segi pecutan yang lebih mantap dan penggunaan minyak yang lebih rendah.
6. Kenapa Proton memilih unit turbin dari Borg Warner? Apakah kelebihannya?
Pilihan dilakukan berdasarkan rekacipta, kualiti dan harga yang berpatutan.
7. Apakah ada tambahan CVVT atau VVT pada CFE? Jika ada, apakah fungsinya?
Enjin 1.6 liter Campro CFE menggunakan teknologi injap VVT untuk mengoptimakan laluan udara segar ke dalam enjin pada RPM rendah dan tinggi. VVT juga membantu mengurangkan penggunaan minyak dan mengurangkan pencemaran udara kerana pembakaran adalah lebih lengkap.
8. Bagaimana untuk mendapatkan kuasa maksimum CFE dan cara untuk mendapatkan penjimatan minyak yang optimum semasa memandu?
Cara terbaik ialah mengekalkan kelajuan putaran enjin di bawah paras 2,000 RPM agar sistem mampatan paksaan tidak beroperasi.
Namun dalam keadaan di mana tenaga diperlukan, pendikit perlu ditekan rapat ke lantai supaya sistem transmisi CVT boleh menurunkan nisbahnya agar enjin beroperasi pada 5,500 RPM untuk kuasa maksimum.
9. Adakan CFE mempunyai “turbo lag” sepertimana enjin-enjin turbo yang lain dan bagaimana Proton mengatasinya jika ada?
Penggunaan LPT membantu enjin 1.6 liter Campro CFE ini untuk beroperasi selancar enjin N/A (tanpa sistem mampatan paksaan).
10. Apakah kelebihan CFE berbanding dengan enjin VVTI, VTEC, MIVEC, DVVT dan turbo yang lain? Ini akan membantu memperbetulkan “mindset” rakyat Malaysia yang selama ini terlalu teruja dengan teknolgi Jepun ini.
Sistem VVTI, VTEC, MIVEC dan DVVT adalah sistem-sistem teknlogi injap yang membantu pernafasan enjin pada RPM rendah atau tinggi. Enjin 1.6 liter Campro CFE menggabungkan teknologi injap VVT dan sistem mampatan paksaan untuk prestasi enjin yang baik pada sebarang kelajuan enjin.
11. Adakah kos penyelenggaraan CFE tinggi jika berlaku sebarang kerosakan?
Seperti enjin lain, enjin 1.6 liter Campro CFE memerlukan penyelenggaraan seperti yang disarankan di dalam Buku Panduan Pemilik (Owner’s Manual) dan Buku Servis Berkala (Periodic Maintenance Book). Dengan penjagaan rapi, enjin CFE ini tidak akan mendatangkan sebarang masalah dan kos penyelenggaran direka agar tidak begitu berbeza dengan enjin Campro biasa.
12. Apakah perancangan unit powertrain Proton pada masa depan? Adakah akan ada teknologi baru akan diperkenalkan?
PROTON mempunyai perancangan untuk memperkenalkan teknologi terbaru dan akan mengumumkannya bila tiba masa yang sesuai.
13. Berikan tips/petua untuk penjagaan enjin CFE supaya sentiasa dalam keadaan terbaik.
Seperti yang dinyatakan di dalam jawapan kepada soalan No. 11, pengguna disarankan mengikut jadual penyelenggaraan berkala yang ditetapkan.
Sumber: funtasticko design
Isnin, 2 Januari 2012
TT Tahun Baru TGK CREW 2012
Pada Sabtu malam Ahad 31.12.11/01.01.12 ketika hujan lebat...(perghhh lebat sungguh dengan disulami ribut...) berlangsung TT Tahun Baru TGK CREW 2012 kat perkarangan letak kereta Bazar Warisan...sepatutnya TT tu diadakan kat benteng sungai berdekatan Pasar Kedai Payang tapi ye laa...hujan lebat tak henti mencurah-curah hinggakan diberitahu oleh rakan yang kebetulan duk kat Pantai Batu Buruk, area sekitar pantai tuh telah banjir, hah tu dia...lebat betul la hujan tuh...
TT tu hampir dikenselkan pada permulaannya coz hujan lebat masih tak berhenti-henti tapi dengan semangat yang penuh kecekalan, exorian TGK CREW tetap berupaya untuk merealisasikan malam yang penuh kesejukan tuh...kekeke...walaupun tak ramai yang join coz hujan lebat...(maybe sedap tarik selimut kot...) dengan kehadiran 12 buah Exora bersama famili masing-masing...TT tu tetap meriah...(respon yang nak join seramai 20 lebih)
Untuk crew TGK sahaja...ada nombor siri dari TGK 1 hingga TGK 30 |
Untuk jualan kepada bukan crew TGK yang berminat |
![]() |
Keychain |
Pada malam tu juga...sticker logo baru TGK CREW dirasmikan dan juga jualan keychain...tapi coz hujan dan body Exora basah...kita orang tak tampal la pada malam kejadian...huhuuuu
Langgan:
Catatan (Atom)