Tolong Klik Iklan Ni

Sabtu, 14 November 2015

Persedian Pameran KITAKITA

Persiapan untuk pameran KITAKITA sedang rancak berlangsung pada hari ni Sabtu 14 Nov 2015 di sebuah studio milik rakan di Taman Tamadun Islam.

Lebih 40 karya (ada beberapa karya yang masih belum dihantar kerana sesetengah ahli tak sempat menyiapkan atau atas sebb kekangan masa) telah dikumpul dan sesi photoshot karya dan pelukis telah di ambil untuk pengisian katalog pameran bermula jam 9.30 pagi hingga 6.00 petang.

Insha Allah, karya-karya tersebut akan dibawa ke ruang pameran untuk sesi pengantungan (display) pada hari Khamis 26 Nov 2015 jam 3.00 petang di Primula Beach Resort.

Sabtu, 7 November 2015

Pembetulan Tarikh Pameran KITAKITA

Residensi Pelukis & Pameran KITAKITA

Setelah berbulan-bulan perancangan yang diatur untuk menghimpunkan beberapa karya-karya pelukis Terengganu terutama ahli-ahli Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer), akhirnya satu pameran akan diadakan pada 27 November hingga 4 Disember 2015 iaitu sempena musim cuti persekolahan akhir tahun yang akan dilangsungkan di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu.

Dijangka seramai lebih kurang 30 orang pelukis PeTer dengan karya masing-masing hampir 60 buah keping akan dipamerkan pada RESIDENSI PELUKIS & PAMERAN KITAKITA ditempat dan tarikh tersebut.

Untuk rekod, PeTer telah mengadakan pameran pertamakalinya di Muzium Negeri Terengganu dan untuk pameran KITAKITA kali ini merupakan kali keduanya.

Kepada pelajar-pelajar sekolah, Universiti dan peminat-peminat senilukis datanglah beramai-ramai untuk melihat dan menghayati karya-karya yang akan dipamerkan nanti.

Terengganu Darul Iman
Persatuan Pelukis Terengganu -PeTer
Memasyarakatkan Seni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...