Tolong Klik Iklan Ni
Isnin, 9 April 2012
Citra Terengganu 2012
PENGENALAN:
Negeri Terengganu kaya dengan warisan sejarah dan budaya. Pancaran seni dan budayanya kini sedang diperkasakan oleh pihak Muzium Negeri Terengganu. Selaras dengan fungsi dan peranan muzium, aktiviti dan kesenian tradisi sedang giat diaktifkan semula. Sesuai dengan hasrat untuk memartabatkan warisan sejarah dan budaya negeri, pihak Muzium Negeri Terengganu menganjurkan satu pertandingan melukis sebagai satu wadah untuk menonjolkan citra negeri dalam bentuk lukisan.
OBJEKTIF PROGRAM:
Program pertandingan ini diadakan dengan beberapa tujuan sebagaimana berikut:
i. Untuk memupuk semangat cintakan warisan sendiri.
ii. Untuk memberi pendedahan kepada generasi muda tentang citra negeri.
iii. Untuk menyokong penghayatan dengan memberikan peluang dan ruang aktiviti kepada pelukis-pelukis tanahair.
iv. Mempertingkatkan mutu karya dari masa ke semasa melalui penganjuran yang bersifat tahunan.
v. Mengisi program muzium ke arah memperkasakan warisan.
Pihak Muzium Negeri Terengganu akan menganjurkan satu pertandingan melukis Citra Terengganu 2012 dengan tema Motif-motif Songket & Batik yang akan berlangsung pada 23-25 Jun 2012 untuk kategori spontan (I) iaitu pertandingan melukis spontan selama 3 hari berturut-turut diperkarangan Muzium Negeri, Sabtu hingga Isnin dengan hadiah keseluruhan tempat pertama hingga ketiga dan 15 hadiah saguhati bernilai RM12,800.
Sementara kategori siap (II) iaitu pertandingan melukis siap dari rumah dan berbingkai (dipos atau hantar sendiri), bermula 1 April hingga 10 Jun 2012, menawar hadiah keseluruhan RM19,500 dari tempat pertama hingga ketiga dan juga 15 hadiah saguhati.
Untuk keterangan lanjut dan mendapatkan borang penyertaan, anda boleh memuat turun di laman web http://museum.terengganu.gov.my/ atau ambil sendiri borang penyertaan tersebut di Muzium Negeri Terengganu, Bukit Losong.
p/s: Kalau tak silap, 3 tahun aku tak join pertandingan melukis Citra Terengganu kerana kesibukan dan halangan....InsyaAllah tahun ni aku masuk bertanding la...bukan la hadiah semata-mata yang aku target tapi dapat bertemu dengan rakan-rakan seni samada dari Terengganu sendiri mahupun dari seluruh Malaysia...tu yang best!
Ngeteh Seni GSR
Time on the way balik ke Terengganu dari Penang pada 1 April, aku sempat bertemu dengan rakan seni yang aku kenali kat fb group GSR. Pertemuan yang berlangsung di bandar Kulim kat sebuah kedai makan, yang terbaiknya beliau belanja aku sefamili makan tengahari kat kedai tu, terimakasih lah Dr.Hairudin kerana sudi belanja aku sefamili...lain kali belanja lagi ye...hehehee. Eh! Lupa pulak apa nama kedai makan tu! Hah tak kesahlah...janji kedai makan...ekeke!!
Sambil makan kita orang sembang seni/peribadi dan perkembangan seni tanah air dan juga pelbagai isu. Sebenarnya kita orang dah berjanji nak bertemu pada sebelah malam 31 Mac tapi oleh kerana aku keletihan teramat sangat pasal seharian ronda-ronda pusing bahagian pulau, Penang, terpaksalah ditunda keesokan hari time nak balik ke Terengganu.
Selepas selesai makan dan dah kenyang...erkk Alhamdulillah...., kita orang sambung lagi sembang seni di Poliklinik milik beliau yang tak jauh dari kedai makan tu. Beliau seorang Doktor perubatan yang mengusaha klinik sendiri kat bandar Kulim tu...hah tu dia, seorang doktor perubatan yang minat melukis, bukan pengumpul lukisan eh...beliau seorang PELUKIS...pergghhhh...ni Dr.Pelukis laa. Sebelum ni aku ada seorang kawan...doktor juga la tapi hanya minat mengumpul jer karya-karya seni yang dibeli dari aku dan rakan-rakan pelukis Terengganu. (Doktor tu dah lama aku tak jumpa...lost contact!)
Ni haa sesi belek membelek softpastel dalam studio beliau. Korang nampak tak ubat-ubatan dalam stor tu? Sebenarnya studio tu bilik rawatan pesakit juga lah. Hah apa korang rasa apabila seorang doktor melukis dan bila siap lukisan tu digantung pada dinding klinik? Pasti sejuk mata memandang dan secara tak langsung kesihatan kita akan meningkat jadi lebih baik! Hehehe.....ada betul ke nih?
| Airterjun |
| Helang |
| Airterjun |
| Masjid |
| Potret |
| Lanskap |
Ni aku paparkan beberapa lukisan hasil karya seorang Doktor...cantik kan kan kan. Sememangnya beliau berbakat besar dalam senilukis. Sapa percaya, seorang doktor perubatan punya bakat besar dalam berkarya! Ermmm...aku rasa mungkin ada lagi doktor-doktor yang punya bakat melukis kat luar sana yang mungkin kita tak ketahui!!
| Ni sembang seni ke kena check kesihatan? |
Apa yang aku 'bangga'kan, beliau seorang doktor yang simple dan mudah mesra. Seorang doktor yang kreatif dalam berkarya. TERBAIKKK!!
p/s 1: Jika panjang umur, suatu hari nanti kita jumpa lagi Dr.Hairudin...InsyaAllah
p/s 2: Sebenarnya ini kali ketiga pertemuan dengan rakan GSR, kali pertama dengan saudara Taib Aur di Masjid Kristal dan kali kedua dengan Munif di I-City Pulau Warisan (bersama Taib Aur dan dua rakan pelukis Terengganu semasa malam hujan lebat!
Sabtu, 7 April 2012
Iklan Komersial Proton Prevé
Khamis, 5 April 2012
Proton Preve - Video Teaser
Langgan:
Catatan (Atom)
.png)