Tolong Klik Iklan Ni

Jumaat, 25 April 2014

PeTer - Persatuan Pelukis Terengganu

PERSATUAN PELUKIS TERENGGANU atau dikenali dgn nama pendek PeTer ditubuhkan atas inisiatif beberapa pelukis2 Terengganu yg menginginkan sebuah tempat untuk pelukis dan penggiat seni lainnya di Terengganu bergabung dibawah satu bumbung. Pelukis dan penggiat seni termasuk dari kalangan pensyarah universiti, guru2 sekolah, pelajar2 senilukis, pengusaha industri, pereka agensi, perunding rekabentuk, ahli perniagaan dan pereka perseorangan.

Bergabung di PeTer untuk berkarya dan mengolah pandangan bagi menepati arah tuju yg serasi. Merealisasikan hakikat ini, PeTer merancang untuk mengada penelitian dan pengkajian terhadap senilukis dan rekaan terdahulu dan sekarang, mengumpul karya, berpameran dan menjalinkan usahasama dgn penggiat seni tempatan dan seluruh Malaysia dan juga antarabangsa disamping mendekati dan memupuk kepekaan pelukis kearah penghasilan karya yg berkreatif.

Dengan itu, sebuah  ahli jawatankuasa peringkat penaja telah dipilih pada tarikh 19 April 2014 selepas selesai program SEPETANG BERSAMA PENGGIAT SENI TERENGGANU yg berlangsung di Hotel Tabung Haji Gong Badak untuk menerajui dan menggerakkan PeTer demi kelangsungan dan berperanan memartabatkan senilukis diTerengganu.

Untuk rekod, pada peringkat awalnya nama Persatuan Pelukis Pereka Terengganu (PPPT) dicadangkan dan pada perjumpaan kali kedua yg berlangsung di cafeteria Muzium Negeri  Terengganu, setelah beberapa perbincangan antara ajk2 penaja yg hadir pada jam 4.00pm Khamis 24 April 2014, secara rasminya PeTer (Persatuan Pelukis Terengganu) telah dipilih dengan sokongan sebulat suara dan juga sebuah logo baru akan direkacipta. Insya Allah PeTer akan didaftarkan tidak beberapa lama lagi setelah selesai hal-hal berbangkit.

Untuk menjadi ahli berdaftar PeTer, borang rasmi akan diedarkan dengan dikenakan bayaran yuran keahlian.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...sye ni baru nak brjinak2 dalam seni, nk joint bleh???
kalau ada info msg or call
Khairi...0145096507

Kizz Kazz berkata...

Terimakasih saudara Khairi kerana memberi perhatian kepada jelahiran PeTer..InsyaAllah saudara akan dihubungi setelah borang rasmi keahlian dikeluar dlm masa terdekat nanti...

Tanpa Nama berkata...

saya berminat.ahmad 0109081587

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...