Dulu-dulu zaman lepas SPM hajat nak belajar kat UiTM (dulu ITM) tak tercapai...nak ambik jurusan senilukis tapi bahasa inggeris tak berapa nak lulus...hahaaa
Tapi takpe...akhirnya dapat jugak aku jejak UiTM pada 28.11.2012 baru-baru ni...hadir sempena Istiadat Konvokesyen ke 77 salah seorang anak aku.
Ni la suasana dalam Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM kat Shah Alam...ramai jugak para ibubapa graduan yang hadir untuk menyaksikan dan meraikan graduate anak mereka.
Tahniah anakanda, selepas ni kita satu famili kembali bergraduate (degree) di Dewan Agung Tuanku Canselor. In shaa Allah.
Tolong Klik Iklan Ni
Khamis, 29 November 2012
Istiadat Konvokesyen UiTM
Jumaat, 23 November 2012
Makan ICT Di Pantai Kelulut
Lamanya dah tak makan ICT...eh ehh bukan aku...ni puteri aku yang cakap la...maklum la puteri jauh kat utara semenanjung tanah air...kat Matrikulasi Arau, Perlis. Bila balik cuti sem 2 minggu ni...nak dia lepaskan hajat tu...terpaksa (dah tanggungjawab bapak dia la...hehee) melayan kehendaknya.
Dah biasa makan ICT kat Seberang Takir kat Pantai Teluk Ketapang (berhampiran Airport Sultan Mahmud) atau sekali sekala pergi kat ICT Batu Rakit...jadi hari tu ubah selera dan tempat la sekali. Kali ni pergi makan ICT kat Pantai Kelulut, Marang pulak...saja nak rasa camne rasa ICT Pantai Kelulut.
Tapi terus terang cakap...aku lebih suka makan ICT kat Pantai Teluk Ketapang atau kat Pantai Batu Rakit kerana kerana ICTnya lebih sedap! Harga pun lebih murah dari yang kat Pantai Kelulut tu...ada ke patut ikan dorang kira pakai timbang...kalau seekor dah berapa??

Rabu, 21 November 2012
HANDS 4 GAZA
Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera
Sebagai penulis blog 'Sisi Kizz Kazz' yang perihatin kepada penderitaan penduduk-penduduk Gaza yang diserang oleh Yahudi Laknatullah yang banyak mencederakan dan mengorbankan penduduk Gaza termasuk kanak-kanak, saya dengan rendah diri dan penuh tawaduk membuat entri ini sebangai satu sumbangan yang termampu diberikan sebagai penulis blog.
Marilah kita sama-sama menyumbang mudah-mudahan sumbangan kita dapat membantu mereka di Gaza. Amin
Sumbangan-sumbangan tersebut bolehlah disalur terus ke GPM
GLOBAL PEACE MISSION (GPM) MALAYSIA
BANK ISLAM: 14 023 01 002922 4
MAYBANK: 5642 2161 1602
UNTUK SUMBANGAN ONLINE DAN KREDIT KAD: SILA KLIK
(Taip 'GAZA' pada bahagian 'product description')
SILA 'LIKE' PAGE GPM UNTUK MENGIKUTI PERKEMBANGAN TERKINI: SILA KLIK
*Resit Pengecualian Cukai akan dikeluarkan untuk sumbangan melebihi RM100 (atas permintaan).
*Sila emailkan bukti sumbangan anda (slip bank) ke gpmhq@yahoo.com
Selasa, 20 November 2012
Gambar:: Sekitar Di Petronas XTrack
Checkpoint 1 - Jam 8.30 Jambatan Sultan Mahmud dengan kekuatan 8 buah Proton Exora crew EXOTEC berkonvoi ke checkpoint 2 |
Kemudian berkumpul di checkpoint 2 iaitu di perkarangan Masjid Bukit Tok Beng, Seberang Takir |
Sesi beramah mesra |
Bacaan doa selamat sebelum berkonvoi ke lokasi Petronas XTrack. Konvoi sebanyak 27 buah Exora diiringi dengan 2 buah motorsikal untuk mengawal lalulintas dan melancarkan pergerakan konvoi |
Tepat jam 10.35am, konvoi tiba diperkarangan Kompleks Stadium Sultan Mizan, Gong Badak |
Exora disusun dalam 2 barisan ditempat parking yang dikhaskan untuk EXOTEC |
Sesi pendaftaran dan penerimaan goodies dari pihak penganjur |
Aktiviti famili yang disediakan oleh penganjur |
Selepas selesai makan pagi, crew-crew EXOTEC diberi peluang menaiki kereta drift yang dipandu oleh drifter profesional |
![]() |
Sesi bergambar beramai-ramai EXOTEC termasuk sesi bergambar dengan model-model cun Petronas XTrack sebelum makan tengahari |
Heheheee :) |
Jumaat, 16 November 2012
XTrack Petronas
17hb Nov 2012, bermula jam 10.00am sehingga 6.30pm, EXOTEC dijemput untuk melibatkan diri dengan event Xtrack Petronas diperkarangan Kompleks Stadium Gong Badak. Dijangka lebih dari 20 buah Exora crew EXOTEC akan mengambil bahagian dalam event tersebut.
Pelbagai acara menarik semasa hari kejadian telah ditetapkan oleh pihak penganjur untuk pengunjung yang berkunjung dilokasi kejadian.
Antara acara-acara yang akan dilangsung pada hari kejadian:
10.00am: Registration & Refreshment
10.30am - 1.00pm: XTrack Activities & SFX Booth Opening
1.00pm - 2.30pm: Lunch XTrack Activities
(Continue Over Lunch)
2.30pm - 3.30pm: Drift Performance by Pro Drifter
3.30pm - 5.00pm: XTrack Activities Continue
5.00pm - 6.00pm: PRIMAX 95 Xtra Challenge & Lucky Draw

Rabu, 14 November 2012
Selamat Menyambut Awal Muharram 1434H
![]() |
Selamat Menyambut Awal Muharram Kepada Muslimin dan Muslimat di Terengganu, Malaysia, Asia Tenggara, Asia dan Dunia. |
Masih Terkenang...
Masih teringat kat 'janda'...walaupon baru berpisah hampir 2 minggu yang lepas...teringat khidmat bakti yang tercurah selama bersama 7 tahun lebih...huhuuu
Ni la surat 'cerai'...bukti perpisahan antara aku dengan Siti Iswara...adesss manis pulak nama dia! Pertanyaan: Bagaimanakah kau disisi pemilik yang baru?
Ni la surat 'cerai'...bukti perpisahan antara aku dengan Siti Iswara...adesss manis pulak nama dia! Pertanyaan: Bagaimanakah kau disisi pemilik yang baru?
Isnin, 12 November 2012
Saluran Digital Berbayar
Bayaran bulanan RM29.99 dengan 50 siaran pendidikan, informasi dan bercorak hiburan...perghhh murah giler tu. Hah nampaknya selepas ni Astro pasti jadi 'cacing kepanasan' dengan hadirnya persaing terbaru dalam industri penyiaran negara.
Setelah Astro menerimakan persaingan dari HyppTV (UniFi), ABN XCESS akan memula siarannya pada awal tahun 2013. Dengan hadirnya persaing terbaru dalam industri penyiaran, adakah Astro (siaran selalu terganggu bila hujan lebat!) akan menurunkan harga?
Sama-samalah kita tunggu perkembangan selanjutnya. Harap TV berbayar terbaru ni akan dapat 'menekan keegoan' Astro!
Sumber
Ahad, 4 November 2012
Dia Pergi Jua....
Selama 7 tahun lebih bersama mu...akhirnya kau pergi jua...meninggalkan aku bersama seribu kenangan terindah ketika susah dan senang. Walaupun sedih menyelinap dihati namun aku terpaksa dalam rela melepaskan kau ke tangan insan yang mampu menjaga mu...........
Fuhh ayat kat atas tu...macam melepaskan kekasih tanpa rela pulak...hahaaa. Tapi memang betul pun kerana Iswara lah 'kekasih' hati sebelum Exora yang aku gunapakai sekarang ni. Hurmm...oleh kerana aku dah tak mampu menjaganya dengan penuh kasih sayang seperti awal-awal ketika masih bersama, ketika bodynya masih bergetah, ketika dalamannya masih masih anggun dan kini kian berusia dan wajah kusam mula menjenguh usia...aku terpaksalah lepaskan 'janda' ku ketangan pemilik baru...huhuuu
Dengan ketiadaan Iswara...tumpuan dan kasih sayang tertumpah sepenuhnya pada Exora...'kekasih hati yang lebih genit dan lebih anggun! Sekali lagi...aku mohon maaf pada Iswara ku namun ingatan ketika bersama tak akan terpadam selamanya...errr termasuk 'janda-janda' yang terdahulu...huhuuu.

Jumaat, 2 November 2012
Setahun Sisi Kizz Kazz
Sejak 'Sisi Kizz Kazz' mula dibangunkan...bermula 1.11.11 sehingga 1.11.12 bermakna setahun la aku berkecimpung dalam penulisan blog ni...fuhhh sedar tak sedar dah setahun rupanya...baru setahun jagung orang kata...aku masih merangkak lagi la dalam berblog ni dan banyak lagi hal ehwal berblog dan aku masih banyak ketinggalan dari sahabat-sahabat blogger yang telah lama berblog dan punyai trafik tinggi tu.
Apa-apa pun aku sangat bahagia bila berblog dengan beberapa entri yang lebih terarah mengenai kelab Exora dan isu-isu permotoran (kereta/mpv/motorsikal) dan mengenai seni lukis serta lain-lainnya sekira aku dapat idea nak buat entri terbaru.
Terimakasih kepada sahabat-sahabat yang sudi menjenguk kat blog aku...Sisi Kizz Kazz yang tak seberapa. Harap sahabat-sahabat dapat la mengutip sedikit sebanyak 'ilmu' atau apa sahaja isi entri yang terkandung kat blog ni dan semoga sahabat-sahabat terus memberi sokong padu....er jangan lupa klik iklan yang terpapar kat atas untuk mengisi tabung kewangan Sisi Kizz Kazz ye! Heheheee
Langgan:
Catatan (Atom)