Tolong Klik Iklan Ni

Khamis, 5 April 2012

Trip To Penang: TT Tautan Timur Barat

Keropok Losong vs Fresh Orange dalam botol jeruk madu Pak Ali 
Pada sebelah malam 30.03.2012...telah berlaku satu kejadian TT Tautan Timur Barat anjuran EOCM Penang yang diketuai Cip Penang Art dan rakan-rakan.


TT tu turut dihadiri sorang lagi crew TGK yang kebetulan balik kampung kat Baling...saudara Man19667.


TT yang dianjurkan oleh Cip Penang bertujuan meraikan kehadiran aku ke Penang atas tujuan mengambil anak yang baru tamat belajar di UiTM Bukit Mertajam. Alang-alang dah sampai Penang...apa lagi berTT la...geng-geng EOCM Penang memang rock dan sporting abis...terbaekkk der!


TT Tautan Timur Barat diadakan bertempat di De Pauh Garden Cafe & Restaurant Bukit Mertajam. Biasa la bila berTT kan kan kan...bincang pasal handy...make up Exora dan pelbagai aktiviti bla bla blaa....

Sebelah kiri tu Cip Penang Art dan Cip Kedah Cikgu Bob
TT tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Cip Kedah yang datang dari Kulim semata-mata nak bertentang mata dengan crew TGK...dan turut mencatat dalam memori yang akan aku kenangkan...pertemuan 3 Cip Negeri dalam satu TT antara Cip TGK CREW Cip Penang dan Cip Kedah...TERBAEEKKK DER! :)


Proton Preve Model Global Terbaru Proton


Proton Preve (disebut prae-vae) sebelum ini diberi kod P13-21A akan dilancarkan tak lama lagi, mungkin pada 16 April (?) sepertimana sumber dari blog funtastickodesign. Proton Preve yang merupakan model pertama global Proton akan ditawarkan dalam 3 variant dengan tanda harga dari RM62,000 hingga RM75,000 seunit dengan 6 pilihan warna. Diupaya dengan engin 1.6L CamPro N/A 5 kelajuan dan CVT 6 kelajuan.

Variant Proton Preve yang lebih tinggi pula akan ditawarkan engin CFE Turbo + CVT 1.6L dengan 7 kelajuan. Untuk spekfikasi lengkap sila refer Spesifikasi.

Perfomance Proton Preve (P13-21A)



Kalau tengok bahagian bumper depan Proton Preve diatas sekali tu, memang nampak menyerlah untuk bersaing diperingkat global!

Proton Preve juga dijangka memasuki pasaran Asia selepas 3 bulan perlancaran di Malaysia. Untuk pasaran Australia mungkin pada September 2012.




Apakah yang dimaksudkan nama Preve? Ia diambik dari perkataan 'Proof' yang bermaksud 'Bukti', Proton mahu membuktikan bahawa mereka mampu bersaing diperingkat global dengan model terkini setaraf dengan kereta jenama lain.


Senarai Harga:

Proton Preve 1.6 CVT Premium
RM72,990 - Metallic
RM772,540 - Solid

Proton Preve 1.6 MT Executive
RM59,990 - Metallic
RM59,540 - Solid

Proton Preve 1.6 CVT Executive
RM62,990 - Metallic
RM62,540 - Solid

Rabu, 4 April 2012

Trip To Penang 30-31 Mac Hingga 01 April - part 2


Seketika di Taman Kota Lama...tengok-tengok kubu peninggalan penjajah...besar jugak kubu ni ...sempat posing dimasuk Fort Cornwallis...

6 keping tiket masuk ke Fort Cornwallis bernilai RM11.00 tunai...ingat kan masuk free jer...heheee

Bergambar dengan tugu penjajah Inggeris Kapten Francis Ligth...pengasas Pulau Pinang...erkk








Beca Penang...design yang berbeza dengan beca di Terengganu yang biasa dipanggil 'Teksi'


Selasa, 3 April 2012

Trip To Penang 30-31 Mac Hingga 01 April - part 1


EOCM-647 untuk kali keduanya melakukan kembara jarak jauh...heheee... 'Trip To Penang' yang mana sebelum ini telah dilakukan fundrive bersama rakan-rakan EOCM TGK CREW ke Kelantan pada cuti Tahun Baru Cina tempohari...rasa-rasanya aku tak perlu lah menulis panjang kerana gambar-gambar yang dipaparkan kat sini boleh ceritakan segala-galanya...(sebenarnya aku malas nak menaip daa...)



RNR Titi Wangsa




Queensbay

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...