Tolong Klik Iklan Ni

Selasa, 1 November 2011

Terengganu City Night Games 2011



















Untuk pertama kalinya EOCM TKK CREW telah mendapat jemputan untuk memeriahkan event yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dengan penganjur bersama Persatuan Kelab Myvi Terengganu (PMC) yang diadakan diperkarangan Stadium Tertutup Gong Badak pada 21 Okt 2011. Acara yang bermula pada jam 4.00 petang hingga 9.00 malam telah dihadiri kelab Perodua Viva dan Myvi dan juga kelab audio kereta Team CF.

EOCM TGK CREW telah dihadir sebanyak 12 buah Proton Exora bersama keluarga masing-masing. Beberapa acara telah disediakan oleh pihak penganjur pada hari kejadian seperti acara menghias kereta setiap sebuah kelab, jualan barangan kereta, sesi bergambar, pertunjukan sistem audio kereta dan penyampaian hadiah berserta sijil penyertaan.

Dengan penyertaan pertama kali ini, pihak penganjur akan menjemput EOCM TGK CREW unutk melibatkan diri pada lagi satu event yang bakal diadakan pada bulan Januari 2012. InsyaAllah

Tatap lah gambar-gambar pada hari kejadian tersebut.

1 ulasan:

Kizz Kazz berkata...

sile klik gambor kalu nok tengok besor... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...