Tolong Klik Iklan Ni
Rabu, 30 November 2011
Tayar Bergolek!
Setiap kenderaan didarat wajib menggunakan tayar, tak kira la bas ke lori kereta ke atau MPV macam Exora...heheheee. Tayar berguna sebagai contatc pacth antara kenderaan bergerak dan permukaan jalan. Disebabkan dunia yang semakin berkembang dengan teknologi, sistem pengangkutan jalanraya dipersetujui memerlukan tamac (biasanya kat litar perlumbaan la erk...) bagi memastikan getah tayar melekat pada permukaan jalanraya.
Pengeluar-pengeluar tayar seluruh dunia sanggup melabur jutaan ringgit membuat kajian kesesuaian tayar sebelum diproduksi dipasaran. Kemampuan tayar dari segi menampung beban, kelajuan dan had pembatuan diambilkira dalam menentukan keberkesanan tayar untuk kenderaan beroperasi dijalanraya. Tayar-tayar direka dengan campuran pelbagai bahan, lapisan dan menjalan ujian ketat untuk memastikan tayar selamat digunakan...haish patut la tayar kalo berjenama yang berkualiti tu mahal!
Korang mungkin pernah mengalami masalah kereta yang dipandu tak enak, ada rasa bergegar, stereng lari kekiri atau kanan ataupun stereng rasa bergetar walaupun telah menghabis wang membuat penjajaran tayar. Kemungkinan besar disebabkan tayar yang tak bagus!
Tayar Botak
Tahap kehausan tayar boleh dilihat dengan pandangan mata kasar. Bunga tayar yang semakin berkurangan menunjukkan penggunaan perjalanan yang semakin tinggi. Akan tetapi, kehausan boleh juga terjadi atas sebab-sebab lain seperti kerosakan sistem penyeraphentak, penjajaran yang salah, permukaan jalanraya yang tak elok dan juga corak pemanduan seperti kerap membrek dan cara pemanduan yang agresif yang menyebabkan tayar haus tak sekata...ermmm tapi ni biasa la kan kan...korang punya kereta korang punya tayar dan korang ada wang nak beli tayar baru ganti yang haus tak ada bunga tu...hehhehheh.....
Kehausan tayar juga boleh terjadi secara tak seimbang. Ia terjadi kerana penjajaran yang tak tepat! Roda yang bersaiz besar dan berprofil rendah juga menghadapi masalah ini yang mana tayar biasanya haus dibahagian satu sisi sahaja. Ada dua cara bagi menyelesaikan masalah ini, samada menukar tayar baru atau posisikan semula tayar kepada sudut lain.
Tayar yang botak secara samarata pula adalah normal...yang tu tak payah risau la...ada wang tukar jer yang baru! Bagaimanapun kebotakkan tayar bergantung juga kepada jenis pacuan kereta. Kereta pacuan depan akan mengalami kehausan tayar lebih cepat. Dicadangkan, rotate dilakukan setiap 10,000 km ataupun 20,000 km bergantung kepada cara pemanduan korang dan rotate tayar hendaklah dilakukan dengan betul yang mana tayar depan kanan ditukarkan tayar belakang sebelah kiri dan sebaliknya. Jangan sesekali rotate dengan tayar spare ataupun tukar tayar sebelah sahaja...dah jadi berlainan jenama pulak der...bunga pun tak sama dan akan mempengaruhi cengkaman atas jalanraya...berhati-hati wehhh!
Pilih Tayar
Pilih tayar yang sesuai dengan spesifikasi yang dicadangkan oleh pengeluar. Jenis tayar dan jenama pula bergantung pada bajet korang...kalo mampu nak tayar berjenama yang mahal dan berkualiti...korang beli jer...ermmm ikut kemampuan...tepuk dompet tanya kereta...hehehehee....
Periksa tekanan angin tayar sekurang-kurang 2 kali sebulan. Jangan pam tayar dari had yang disyorkan oleh pengeluar dan jangan biarkan tayar dalam keadaan bawah paras yang dicadangkan.
Kenderaan seperti MPV samada Exora atau lain-lain yang sewaktu dengannya, memiliki tekanan angin tayar yang berbeza mengikut jumlah penumpang dan situasi...cuma ikut jer la apa yang tertampal kat pintu sebelah pemandu untuk rujukan tuh...kekadang kita (termasuk aku jugak...hehehee) jarang-jarang tengok spesifikasi yang sedia tertampal kat pintu tuh...ada betul tak??
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan