Tolong Klik Iklan Ni

Khamis, 10 November 2011

Audio Kereta - Ciri-Ciri Sistem Subwoofer


Okeh...kali nih aku nak citer pasal audio keta...ciri-ciri box subwoofer....ada 3 jenis box subwoofer dalam pasaran yang boleh digunakan dalam ICE...bukan icecream erk...hehehee

1. SEALED BOX- Rekabentuk kotak tertutup penuh dan dapat menghasilkan bunyi yang agak stabil dan kemas .Kotak ini tak memerlukan ruang yang besar untuk menempatkanya dan kekurangan kotak ini woofer memerlukan kuasa yang lebih daripada amp untuk menghasilkan bunyi yang di perlukan dan ianya sesuai untuk seting SQ (Sound Quality).

2. PORTED BOX- Untuk SPL- Rekabentuk yang mempunyai lubang udara samada bulat petak dan memanjang.menghasilkan bunyi bass yang kuat dan boleh menggunakan apa jua amp .Bila mana corong udara di tune dengan tepat maka pukulan bass adalah lebih baik pada volume rendah. Ianya akan jadi tak stabil bila volume dipulas habis.

3. BANDPASS BOX- Kotak yang di reka khas untuk dentuman maksima dimana woofer di letakkan di dalam kotak dan bunyi yang terhasil keluar dari lubang udara yang di reka khas. Tetapi tidak semua woofer sesuai menggunakan kotak ini

Yang kita jarang di dengar

- INFINITE BAFFLE
- DUAL REFLEX BANDPASS
- SERIES TUNED DUAL REFLEX BANPASS

Woofer juga boleh di atur dengan kotak dan cara aturan ISOBARIC LOADING
Ia merupakan rekabentuk kotak yang paling unik dan sangat jarang di gunakan oleh peminat2 audio kerana faktor kejuruteraan yang sangat rumit untuk membinanya.Rekaan ini bukanlah semata-mata kotak woofer tetapi ia lebih kepada bagaiman woofer itu di tempatkan. Ciri cirinya adalah gabungan 2 woofer yang sama kuasa di dalam sebuah kotak yang mana selagi ianya tidak berlaga di antara satu sama lain. Ianya menghasilkan corak bunyi yang berlainan mengikut kiraan saintifik.

FRONT TO FRONT
- Menghasilkan bunyi bass yang mantap dan meleret-leret dua kali ganda daripada kotak woofer biasa
- Menyekat frekuensi tinggi dan menghasilkan rentak bandpass
- Memerlukan kuasa amp yang tinggi untuk menjananya
- Tidak sesuai untuk rentak bass yang bertalu2 seperti techno
- Tidak memerlukan ruangan yang besar

FRONT TO BACK
- Menghasilkan pukulan bass yang tepat dan 4 kali lebih kuat daripada kotak PORTED
- Pukulan bass lebih efisyen dan selari pada frekuensi rendah
- Penggunaan kuasa yang rendah untuk menjananya
- Sesuai untuk rentak bass yang bertalu-talu seperti muzik techno
- Sedikit kekacauan frekunsi yang mengganggu

BACK TO BACK
- Kuasa tendangan bass yang mantap dan tepat
- Tidak memerlukan kuasa amp yang tinggi
- Pukulan bass kurang efisyen apabila volume di buka kuat
- Mampu menyekat gemaan bass yang meleret-leret tanpa penggunaan LPF (Low Pass Frequency)


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...