Tolong Klik Iklan Ni

Selasa, 22 November 2011

Pameran Batik Is My Soul (Batik Jiwa Ku)


  "Sebagai pereka fesyen,saya melihat unsur-unsur tradisional Batik dan membayangkan sesuatu yang cantik dan dapat dipakai dalam masyarakat moden,"
kata pengasas dan presiden BIMS,Jovian Mandagie.


Starhill Gallery,
19 November 2011 -
 Batik Jiwa Ku (BIMS) sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh Jovian Mandagie telah melancarkan pameran sulung pada 19hb - 30 hb November 2011 di Starhill
Gallery.Pameran ini merupakan satu usaha oleh BIMS untuk memberi inspirasi dan mendidik rakyat Malaysia dalam memelihara warisan harta tekstil Malaysia iaitu Batik.

BIMS bertujuan untuk memperkenalkan Batik Malaysia, menjadikan ia lebih mudah dan relevan kepada semua rakyat Malaysia di masa kini. Misi pertubuhan ini ialah untuk lebih menghargai dan menggalakkan pemakaian Batik di Malaysia terutamanya.

Pameran BIMS adalah plartform untuk pereka busana, aksesori fesyen serta pengiat seni mempamerkan hasil kerja tangan dalam kerja-kerja moden berunsurkan Batik. Koleksi ini adalah tidak terhad untuk fesyen sahaja tetapi juga terdiri daripada seni lukisan,ukiran, perabut dan banyak lagi.

Bersama-sama dengan koleksi pakaian koktel Batik Jovian Mandagie, pereka bersama
iaitu KLutched, Benson Chen dan Suhara Jewel Art telah menggabungkan motif Batik ke dalam tas tangan, kasut dan barang kemas. Lukisan-lukisan yang berunsur Batik turut pamerkan di pameran ini yang telah dilukis oleh artis-artis Perkampungan Pelukis Jalan Conlay seperti Fauziah Hj Yahya, Nizar Kamal Ariffin dan Samsudin Mohamad.



Batik adalah seni hidup. Tekstil  indah yang telah diterapkan dengan tekstil yang lebih cantik dalam motif lapisan demi lapisan yang terdiri daripada teknik yang rumit dan tradisional, kedua-dua lama dan baru.Ia adalah misi BIMS untuk menghidupkan semula penghayatan seni yang telah hilang. BIMS juga berfungsi sebagai badan yang akan memelihara warisan Malaysia kini dan dimasa hadapan.




Sumber: Ahmad Fuad Shahminan -
Conlay Art Colony



p/s: Terimakasih kerana masih ada lagi galeri dan pereka fesyen yang memandang tinggi akan ketinggian seni batik disaat batik yang kini sedikit merudum dek kurangnya keprihatinan masyarakat Malaysia. Diharap dengan usaha yang diambil oleh Starhill Gallery akan meningkatkan kembali minat seni batik dikalangan masyarakat dan secara langsung pengusaha-pengusaha batik turut sama menerima tempias rangsangan ini - Kizz Kazz

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...