Ni haa aku nak tunjuk skit 'watikah' ucapan sebagai pengerusi GEER pada 17 September 2011 temmpohari...first time buat ucapan depan orangramai...tobat weh aku ketar lutut dengan debar perut duk baca nota ucapan nih...adesss...layanzzz.......
BISMILLAHIRAMANIRAHIM
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH
Sahabat-sahabat yang saya disayangi,
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT DATANG & SELAMAT BERGEER kepada semua peserta-peserta dan famili masing-masing.Semoga kalian memperolehi kegembiraan dan kepuasan yang tak terhingga ketika GEER 2011 Kuala Terengganu.
Jutaan terimakasih atas sokongan kalian.Tanpa kalian tiadalah GEER 2011.Terimakasih kepada Presiden EOCM sebagai penaung GEER 2011, YM Tuan Andalas yang memberi komitmen untuk hadir namun pada saat-saat akhir tidak dapat hadir dan telah dimaklumkan kepada saya bahawa beliau ada tugasan negara yang tak dapat dielakkan.Terimakasih kepada Timbalan Presiden YM Tuan Noh yang sudi mewakili EOCM Pusat.Terimakasih kepada Ketua Wilayah Timur Tuan Alongkuantan yang memberi laluan kepada Terengganu sebagai tuan rumah GEER 2011 yang mana merupakan satu penganjuran perhimpunan pemilik-pemilik exora yang terbesar untuk pertamakalinya diperingkat EOCM Eastern Region.Terimakasih juga kepada CREW GEER 2011,Timbalan Pengerusi Izaruddin,Setiausaha Pak Andak,Bendahari Rawheem,Om@Umina,Zred,Kazima,Gjoe dan Madiganuexora kerana sudi meluangkan masa menghadiri mesyuarat ajk yang adakalanya sehingga jam 3.00 pagi semata-mata memperkemaskan agenda tersebut dan menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan.Tanpa Crew GEER 2011 yang berwibawa bercelarulah GEER 2011, dan tak lupa juga ucapan ribuan terimakasih kepada penyumbang-penyumbang derma untuk anak-anak yatim Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi,Kg Teluk Ketapang Seberang Takir yang mana mampu dijelmakan dalam bentuk pembelian beberapa buah basikal bagi keperluan dan kemudahan anak-anak yatim.
Terimakasih yang TERISTIMEWA kepada penaja rasmi GEER 2011 INDAHSARI OTOMOBIL SDN.BHD terutama sekali Tuan Pengarah Mr.Kenny Teo dan isteri Mrs.Tok Mi,Tuan Pengurus Encik Hamzah yang memberi laluan perbincangan dari segi penajaan.Kesudian penaja GEER 2011 menaja dari segi tempat,jamuan Raya Perdana,hadiah-hadiah sumbangan dan beberapa perkara lagi sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan yang terpaksa dipikul oleh Crew GEER 2011, memeriahkan dan menyempurnakan lagi GEER 2011 di Kuala Terengganu.
Terimakasih juga kepada Polis Trafik,Rela yang memberi kemudahan kawalan trafik, pihak pengurusan Masjid Terapung,Lagun Kuala Ibai yang membenar ruang letak kereta kawasan masjid tersebut dijadikan lokasi pendaftaran peserta-peserta dan juga kepada pihak pengurusan Masjid Kristal Taman Tamadun Islam yang sudi memberi ruang letak kereta yang luas,pamplet dan tawaran istimewa kepada peserta-peserta GEER 2011.Terimakasih kepada akhbar Sinar Harian cawangan Terengganu yang memberi komitmen untuk membuat liputan media sepanjang berlangsungnya GEER 2011
Akhirkata,saya dan Crew GEER harap semua peserta-peserta GEER 2011 akan memperolehi kenangan yang terindah ketika berada dilokasi kejadian dan sepanjang tempoh berada di Kuala Terengganu.
Sekian.
*EOCM DIMANA-MANA EOCM MAJU KEHADAPAN 1 EOCM 1 FAMILI 1 MALAYSIA*
http://protonexora.com.my/forum/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan