Tolong Klik Iklan Ni

Rabu, 16 November 2011

Ritma Johor 15.11.2011 - Pendahuluan


Ritma Johor memberi maksud yang sangat mendalam, ia satu urutan proses semulajadi yang berulang dalam sela masa yang tetap atau mengikut kiraan, gerakan bunyi, tempo, rentak dalam bunyi yang teratur. Ia juga merujuk kepada rentak Johor yang mengambarkan imej khusus tentang keunikan atau motif yang menjadi lambang, simbol atau ikon yang merujuk kepada kehidupan, perilaku, aktiviti manusia yang penuh dengan budaya oleh masyarakat Johor dan persekitarannya merangkumi aspek pemikiran seperti pengetahuan, pepercayaan, kesenian, kebudayaan, undang-undang, ekonomi, sosial dan moral serta apa jua yang diwarisi dari dulu hingga kini menerusi sejarah dan budaya Malaysia yang kukuh, diterima pakai, diakui telah menjadi budaya dan imej negeri Johor yang harmoni dan gemilang.


Ritma Johor mempertandingkan tiga kategori karya siap iaitu arca, catan dan batik serta satu karya spontan iaitu grafiti. Pertandingan yang mendapat sambutan daripada 136 orang para pelukis ini kebanyakannya didominasi dari Selangor, Sarawak, Pahang, Melaka Terengganu dan Johor. Jika disenaraikan mengikut pengkelasan kategori, sebanyak 100 buah karya catan dan cetakan, 31 buah untuk karya arca dan 5 sahaja penyertaan bagi kategori batik. Namun hanya 60 buah karya yang telah berjaya dipilih untuk dipamerkan.

Pencarian terhadap hasil karya yang kreatif, inovatif dan segar diterajui oleh panel juri diundang khas untuk pemilihan hasil karya yang mengandungi impak yang tersendiri selain bergantung kepada kebijaksanaan, kreatif dan inovatifnya pengkarya itu sehinggan berjaya menampilkan satu visual yang boleh memukau khalayak diakhirnya nanti. Namun pujian juga harus diberikan kepada golongan remaja (pelajar sekolah menengah) yang berani menyertai pertandingan ini dan seterusnya berjaya menerima sijil penghargaan sebagai karya yang dipamerkan.


Petikan: Galeri Seni Johor

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...