Tolong Klik Iklan Ni

Memaparkan catatan dengan label Jejalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jejalan. Papar semua catatan

Jumaat, 23 November 2012

Makan ICT Di Pantai Kelulut

Lamanya dah tak makan ICT...eh ehh bukan aku...ni puteri aku yang cakap la...maklum la puteri jauh kat utara semenanjung tanah air...kat Matrikulasi Arau, Perlis. Bila balik cuti sem 2 minggu ni...nak dia lepaskan hajat tu...terpaksa (dah tanggungjawab bapak dia la...hehee) melayan kehendaknya.

Dah biasa makan ICT kat Seberang Takir kat Pantai Teluk Ketapang (berhampiran Airport Sultan Mahmud) atau sekali sekala pergi kat ICT Batu Rakit...jadi hari tu ubah selera dan tempat la sekali. Kali ni pergi makan ICT kat Pantai Kelulut, Marang pulak...saja nak rasa camne rasa ICT Pantai Kelulut.





Tapi terus terang cakap...aku lebih suka makan ICT kat Pantai Teluk Ketapang atau kat Pantai Batu Rakit kerana kerana ICTnya lebih sedap! Harga pun lebih murah dari yang kat Pantai Kelulut tu...ada ke patut ikan dorang kira pakai timbang...kalau seekor dah berapa??

Ahad, 7 Oktober 2012

Gambar:: Kelana Jaya (Kompleks Tabung Haji) & Putrajaya

Sepertimana yang aku citer dalam entri Perjalanan Ku, haa korang dijemput tengok-tengok beberapa keping gambar suasana semasa kat tempat bakal-bakal jemaah haji berkumpul sebelum ke menaiki flight ke Jeddah pada jam 1.00 pagi.

Ramainya sanak-saudara yang menghantar ibu bapa dorang...ada pagi-pagi dah sampai kat Kelana Jaya tu...siap bawak bekal lagi dari rumah masing-masing.....






Selepas selesai urusan...sebelum stay kat area Putrajaya...sempat la ber TT dengan member sekelab sebelum check in. Pagi esok sebelum balik ke Terengganu...aku sekeluarga mengambil kesempatan 'makan angin' sekitar Putrajaya sambil dibantu arah oleh member sekelab.

Sarapan pagi kat Foodcourt Preisint 9

Menuju ke Putrajaya








Sebelum balik ke Terengganu...saudara Ja menjemput aku sekeluarga makan tengahari di restoran milik beliau iatu Restoran DH Rasa Timur. Ribuan terimakasih Ja dan semua rakan-rakan yang sudi belanja makan-makan dan escort disekitar Putrajaya...kalau tak boleh tersesat nak pusing-pusing KL nih

Tak lupa juga ucapan terimakasih kepada saudara Sani, Zizie Chip CR, LantOi Chip Jajahan VIP, Shamsul dan AsamBoi. Korang semua memang terbaik!

EOCM 647 dihadapan Restoran DH Rasa Timur

EOCM 522 Ja bertindak sebagai pemandu pelancung...hehee

Ahad, 9 September 2012

Sehari Suntuk Di Penang

7 Sept 2012, jam 12 tengah malam Jumaat, aku sefamili ke Penang...kali ni hantar anak yang no 2 melanjutkan degree kat UiTM...tempat yang sama semasa ambik diploma la...UiTM kat Permatang Pauh tu...ermmmm first time memandu Exora tengah malam buta menempuhi banjaran Titiwangsa. Bergilir-gilir memandu dengan anak yang sulung ( bila mengantuk tukar giliran...heheee)

Kami sefamili tak bermalam...cuma tidur sekejap-kejap jer dan mandi-manda kat rumah sewa anak kat area Permatang Pauh tu. Sebelum balik ke Terengganu pada sebelah petang Jumaat hari yang sama...sempat la pusing-pusing belah pulau jejalan kat Queensbay, Batu Ferringhi...pastu singgah kat Pasar Chowrasta makan nasik kandar dan beli skit jeruk buah pala...ye laa...gi Penang tak sah kalau tak beli jeruk kat Pasar Chowrasta tu...last sekali sebelum balik singgah jap kat Jusco Seberang Prai shopping barang keperluan rumah skit.

Nikmati permandangan selat kat Queensbay



Batu Ferringhi

Santapan tengahari...nasik kandar Line Clear...
Lepas santap...borong jeruk Pak Ali pulak


EOCM~647 naik feri kali kedua


Balik ketanah besar naik feri

Isnin, 16 Julai 2012

Pekena Mee Kari @ Mee Jawa


Hari ni 16 Julai 2012 bersamaan 26 Syaaban 1433H, aku dengan moksu pekena mee jawa buat kali terakhir sebelum datang bulan Ramadhan tak sampai beberapa hari lagi. Kalau nak tau, mee jawa ni kalau nak kata femes sangat tu tak la tapi memang femes pun, tu la pasalnya mulai jam 9.00 pagi lagi dah ramai orang.

Sebenarnya warung ni bukan jual mee jawa jer...ada jugak soto, lontong dan mee sup. Bagi aku, lebih suka mee jawa jer...memang sedap!


Ni la mee jawa tapi aku panggil mee kari jer. Opssttt...lupa nak beri tau lokasi warung mee jawa nih...hahaaa. Ok...warung ni terletak kat Jalan Gong Kapas berhampiran antara pejabat pos Gong Kapas dan kedai kain Saleem Aziz. Nak target senang jer...target bumbung khemah berwana biru kat tepi jalan tu...hah tu la dia warung mee jawa (sori...aku tak tau apa nama warung mee jawa tu...heheee)

hahahh...licin mee jawa :)
Waktu operasi warung mee jawa ni mula jam 9.00 pagi hingga habis jualan. Kebiasaannya jam 11.30 pagi lebih kurang dah habis dah! 


p/s: Pada bulan puasa, mee jawa ni ada dijual kat Bazar Ramdhan Pantai Batu Burok kat parking kereta hadapan Kompleks Renang MBKT. Tapi aku biasa tak sempat beli...dah habis dulu. Kalau nak beli jugak...kena beli awal-awal sebelum jam 6.00 petang!

Ahad, 8 Julai 2012

Cendawan Celup Tepung

Sebelum puasa akan menjelang tak berapa lagi, aku sefamili gi jejalan cari makan ICT atau nama panjang, Ikan Celup Tepung. Tapi kali ni target utama yelah Cendawan Celup Tepung. Best ke cendawan celup tepung nih? Best!

Aku, moksu (orang rumah aku la) dan dua anak bujang aku turut sama. Kali ni kat D'Coconut Cafe, Pantai Teluk Ketapang atau kekadang orang panggil pantai airport.


Ni lah D'Coconut Cafe, istimewa dengan cendawan celup tepungnya, rasa-rasa kat warung sebelah-menyebelah takde kot cendawan celup tepung ni.


Ni keropok lekor goreng, dah biasa selalu sangat makan keropok...jemu tak jemu kami tetap order...dah jadi makanan wajib.


Air Batu Campur Spesel (ABC) dengan air buah nyor muda (kelapa muda). Penghilang dahaga musim-musim panas ni. Sedap jugak ABC spesel ni...hahaaa.


Ni pulak apa ni? Haaa ni pari celup tepung. Boleh makan sekali dengan tulang...hahaha...biasa la pari, kan tulang iye lembut. Jadi takde la kes terlekat tulang ikan...ekeke


Jeng jeng jenggg...menu spesel! Cendawan celup sudah mari tapi sebenarnya ni order pertama yang sampai dulu kat meja. Tak cukup tambah lagi satu piring...perggghhhh memang sedap cendawan celup tepung nih. Tak caya cuba try sekali...heheee!!!


Ahad, 13 November 2011

Tasik Kenyir


Tasik Kenyir, Terengganu. Terpegun dalam pesona, nyata sekali kawasan takungan air seluas 260,000 hektar itu telah menyuburkan warisan alam semula jadi yang ada di sekelilingnya.
Tidak hairan jika sudah bertahun-tahun lokasi itu memukau hati ramai pengunjung hanya kerana pandangan kali pertama.

DI SEBALIK ketenangan air Tasik Kenyir, siapa sangka di dalamnya terdapat lebih 300 spesies ikan.


Tidak dapat dibayangkan bagaimana kawasan yang luas dan berbukit-bukit akhirnya berubah menjadi beratus-ratus buah pulau gara-gara ditenggelami air.
Didorong prospek pelancongan yang menggalakkan, sebahagian daripada pulau itu telah dibangunkan dengan kemudahan penginapan dan juga tarikan pengembaraan lain.

KENALI proses formasi batu dan hubungan biologi kehidupan di dalamnya.


“Tasik Kenyir adalah untuk mereka yang gemar pada ketenangan alam. Begitu juga dengan yang gila memancing.
“Saya sendiri kalau tidak bertugas atau beristirehat di pulau peranginan di perairan laut, akan menghabiskan masa berkhemah di pinggir tasik ini,” ujar Pengarah Urusan Ayu Mayang Resort di Pulau Redang, Yap Chuan Bin.

KETENANGAN yang menanti di sudut terlindung jaringan sungai.


Begitu sekali tarikan kawasan akuatik di utara bumi Darul Iman ini. Dengan panggilan 340 buah pulau di tengah tasik, 14 air terjun, beberapa jeram serta sungai, Tasik Kenyir sememangnya menyimpan ribuan khazanah alam yang berharga.
“Orang sepatutnya menghargai simfoni semula jadi seperti bunyi unggas dan serangga, kesegaran udara dan juga kedamaian yang dipersembahkan kepada semua. Hormatilah alam yang indah ini,” tambah Yap.

GAYA hidup atas bot boleh dicuba bagi yang mahukan kelainan.



LALUAN pejalan kaki dalam Gua Bewah telah dipermudahkan untuk pengunjung.



SELAIN meredah tasik, tetamu Tasik Kenyir boleh menyertai aktiviti memancing, berkayak, meredah hutan atau melawat santuari kelah.



JETI singgah yang menyambut kedatangan pengunjung ke mulut Gua Bewah.





Sama seperti pejuang alam sekitar yang lain, lelaki yang ditemui ini kurang bersetuju dengan pengusaha pelancongan atau resort yang mengganggu aturan itu dengan operasi karaoke, pusat hiburan dan ekspedisi pacuan empat roda yang melampau.
Memang benar, hutan hujan yang menyumbangkan kesegaran oksigen di Tasik Kenyir turut menjadi habitat bagi pelbagai hidupan flora dan fauna.
Pasti seronok para pencinta alam jika menemui spesies pokok pakis yang jarang ditemui, anggerik eksotik, atau unggas dan haiwan seperti enggang, gajah, cempelai dan juga harimau kumbang.
Mengikut brosur promosi pelancongan yang dipetik daripada rekod Jabatan Perhilitan, Tasik Kenyir dan belantara di sekelilingnya menjadi rumah bagi lebih daripada 8,000 spesies bunga, 2,500 spesies pokok dan tumbuhan termasuk 800 spesies orkid dan 300 spesies kulat.
Bagaimana agaknya aksi dan cabaran menaikkan baung, lampam, toman dan kelah di sini? Kajian terkini mendapati terdapat kira-kira 300 spesies ikan air tawar membiak di dalam Tasik Kenyir.
Kalau belum menandakan lokasi ini dalam rencana kunjungan akan datang, mungkin statistik itu membuatkan jantung si kaki pancing berdegup lebih kencang!
Bersiar dengan bot, berkayak, merentas hutan, ekspedisi pacuan empat roda dan panggilan padang golf adalah antara senarai riadah dan rekreasi yang popular di sekitar tasik yang menjadi pintu masuk ke Taman Negara melalui Tanjung Mentong ini.
Jika kawasan perkhemahan dan trek merentas hutan mudah disertai di sepanjang Sungai Saok, Lasir, Cacing, Lawit, Petang, Terenggan, Tembat dan Pulau Poh, aktiviti rentas hutan yang ekstrem pula menanti di trek laluan ke puncak Gunung Gagau.
Tidak ketinggalan ialah aktiviti meneroka gua. Selain Gua Taat, Gua Bewah sangat diingati kerana kisah kehidupan manusia prasejarah banyak diceritakan sepanjang usia kewujudannya.
Kedua-dua gua itu antara yang masih boleh dikunjungi ‘isi perutnya’ kerana tidak ditenggelami air sejak pembinaan Empangan Kenyir.
Di Tasik Kenyir, pengunjung tidak perlu khuatir akan soal penginapan. Di sini terdapat pilihan penginapan bertaraf tiga bintang yang masing-masing bersaing menawarkan kemudahan bernilai tambah.
Paling popular dan mungkin menghampakan pengunjung yang terlewat menempah pada musim tertentu tentunya penginapan gaya calet tradisional.
Baik yang dibina di atas pulau, gaya terapung seperti rumah bot ataupun yang terperosok sedikit ke dalam redup rimba, semuanya sedia dihuni.
“Antara perkara yang menjadi faktor dalam membuat keputusan penginapan ialah kemudahan dalam bilik, panorama persekitaran, arah matahari terbit, lokasi memancing, aspek privasi dan juga jarak perjalanan dari Jeti Gawi,” kata Azmi Mohd., dari agensi pelancongan Ping Anchorage Travel & Tours Sdn. Bhd.
Memetik perancangan kerajaan negeri melalui kenyataan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said tahun lalu, Tasik Kenyir dijangka muncul dengan tarikan baru iaitu aktiviti jelajah pulau.
Sebanyak 10 buah pulau kecil yang terdapat di bahagian utara Tasik Kenyir akan dibangunkan mengikut tema tertentu.
Projek yang dilaksanakan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) itu akan menyaksikan pembinaan Taman Eko-Kenyir seluas 61 hektar di Pulau Selimbar, Pulau Tekak Kecil dan Pulau Kuala Tekak.
Khabarnya taman orkid, taman tropika, taman rama-rama dan taman burung akan dibangunkan di beberapa lokasi berhampiran.
Biar apa pun tujuannya, jangan pula terjadi apa-apa yang boleh mengorbankan keindahan yang sudah sedia ada di Tasik Kenyir. Datanglah ke sini dan alamilah sendiri!



Sumber: Kosmo!Online

Ahad, 6 November 2011

Rombongan Cik Kiah Ke Langkawi

sesaja jer snap...Marina Bay ke nih?...aku pun dah lupa apa ke nama tuh...
Homestay - tempat tidur kita orang
Raja sehari - sesi bertandang kerumah pengantin lelaki
Shopping pinggan mangkuk...huh pompuan...takpe la...balik kan memberontak pulak
Beli cokelat la pulak....
Shopping sakan...nih masa nak balik dah....pssstt...dalam beg kain baju tuh
ada 5 karton rokok benson...hahahhah...yang nih sorok takut kena tax....
Pengantin lelaki dengan rakan-rakan club superbike Langkawi...10 bijik beb...meriah-meriah!
Sesi tunggu feri kat jeti Kuala Perlis
Van sewa yang aku jadi tukang drebar...kih kih kih
Naik feri
Rombongan pengantin pompuan (anak sedara aku nih) bertandang kerumah pihak lelaki kat Pulau Langkawi tahun 2010...nih citer lama der...senaman minda skit baca 'blopen'...hahahahah (blog pendek)...sesaja jer aku citer kat korang pengunjung blog aku nih eh...yang best gi Langkawi nih...tak banyak duit kene pau coz semua free (ye ke free?)...tambang bas free...makan minum free...penginapan free...yang tak free tambang feri pegi balik dengan 'shopping sakan' (pinggan mangkuk...nafsu pompuan asal tengok pinggan mangkuk terus tapau tak hingat...haishhh)...huh...free ke tuh?

Apapapun korang layan gambar-gambar kat atas tuh.......chauuu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...