1. Kayu Arang
Korang tau tak...arang kayu bagus untuk bersihkan kesan gigi kuning...kalo gigi korang kuning senyum pun tak lawa lebih-lebih lagi pompuan...tapi kayu arang berbahaya coz boleh merosakkan enamel secara kekal dan menimbulkan rasa sakit pada gigi...jadi sebaik-baiknya tak payah la cuba cara macam nih....
2. Lemon dan Garam
Korang boleh dapat gigi putih dengan gunakan ubat gigi sendiri yang dihasilkan dari beberapa titisan jus lemon kemudian korang campur jer dengan sesikit garam...semolek-moleknya garam halus la...kemudian gosok la gigi seperti biasa kita gosok gigi...pastu korang boleh tengok hasilnya....
3. Kulit Limau
Pastu cuba korang guna petua ni pulak...kulit limau.....Kulit limau ada unsur pemutih yang sangat lembut yang akan membantu hilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi korang...
4. Daun Kari
Ambil enam helai daun kari pastu korang jemur kat bawah terik matahari hingga kering dan rangup. Kisar keenam helai daun kari tu pastu tambah kulit limau serbuk....pastu gosok la kat gigi setiap hari..insyaAllah dalam dua minggu korang akan dapat gigi yang putih semulajadi...cuba la tapi kalo gigi korang tetap kuning jugak korang jangan pulak marahkan aku...heheeee
5. Strawberi
Strawberi memang best kalo kita makan...tengok buahnya dah terliur...merah molek hehehe...tapi selain kaya vitamin C, strawberi jugak mempunyai khasiat untuk membersihkan gigi...walaupun rasanya manis...(yang masam pun ada jugak tau) strawberi tidak berbahaya bagi kesihatan gigi...sebaliknya buah nih boleh hilangkan kesan karat pada gigi dan membuatkan gigi korang jadi putih berseri....
6. Ekstrak Epal dan Cuka Putih
Ekstrak buah epal dan cuka putih jugak berkesan hilangkan kesan karat pada gigi korang...coz kedua-duanya ada unsur-unsur pemutih yang boleh hilangkan kotoran dengan cepat...akan tetapi kedua-dua bahan ini sifatnya sangat keras sehingga penggunaan secara harian akan menimbulkan kerosakan pada lapisan enamel...jadi jangan la korang guna cara nih hari-hari...jejarang kekadang atau sekali sekala jer ok...selain tuh... rasanya jugak terasa sangat pahit...okeh...tu la cara-cara nak putihkan gigi korang...Wallahualam
Sumber: uniqpost.com / Olahan: Kizz Kazz
Tiada ulasan:
Catat Ulasan