Tolong Klik Iklan Ni

Sabtu, 11 Januari 2020

Pameran Seni Visual Ulek Jiwa

Pameran Seni Visual Ulek Jiwa di Galeri Menara Drawbridge sudah pun bermula dari 7hb Jan hingga 8hb Jan 2020. Dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.

Kepada peminat² seni visual bolehlah datang melihat dan menghayati beberapa buah karya airtangan para pelukis Terengganu dari Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer). Karya² yang dipamerkan dijual dengan harga berpatutan. Jika berkenan tunggu apa lagi teruskan keluarkan wang dari beg duit anda untuk dibawa pulang untung digantung menghiasi ruang tamu kediaman anda.

Disamping karya² yang dipamerkan tersebut, ada juga aktiviti² sampingan jualan keychain angrybird, live portrait dan karikatur dengan harga cukup berpatutan untuk kenangan anda ketika melawat pameran di Drawbridge.

Rabu, 15 Februari 2017

Pertandingan Melukis SNAP & DRAW

Assalamualaikum
Sempena Kejohanan Lumba Kuda Lasak Piala Menteri Besar Terengganu 2017, satu Pertandingan Melukis SNAP & DRAW akan dilangsungkan pada 3-4 Mac 2017 dengan tawaran hadiah-hadiah yang cukup menarik!

Jom sertai!

Rabu, 5 Oktober 2016

Tersadai Dihempas Omar

Title: Tersadai Dihempas Ombak
Medium: Watercolor on Artocampap 300gsm
Size: A3
Note: Studio artwork
Duration: 6.30pm - 11.56pm
Date: 25.8.2016
SOLD

Sabtu, 17 September 2016

Kupasan Nyoteng Di Pulau Bidong

BERKARYA DAN DOKUMENTASI SENI VISUAL PULAU BIDONG

Persatuan Pelukis Terengganu dalam kembara seni visual di Pulau Bidong bertarikh (9 September 2016 hingga 11 September 2016) membuktikan suatu perjuangan ke arah memeriahkan lagi kegiatan seni. Ramai yang mengetahui sejarah Pulau Bidong sinonim dengan kisah perlindungan sementara ‘orang hanyut’ daripada Vietnam. Sejarah 70-an tersebut dikembalikan nostalgianya melalui karya seni lukis. Sudut tertentu dijadikan bahan dokumentasi dalam imej visual yang tersendiri dan boleh dimanfaatkan oleh generasi akan datang.

Dua hal yang menarik menjadi perbincangan perihal kenapakah penggiat seni lukis Terengganu ini menggunakan kesempatan 'Program 1Mcat Nyoteng' di Pulau Bidong selama tiga hari dua malam ini? Pertama atas faktor minat dan kedua kembara seni. Saya lebih menjurus ke arah kembara seni yang tidak banyak diketahui oleh khalayak luar. Untuk apa dan kenapakah seniman mengisi peluang menyempurnakan kembara seni?

Kembara seni suatu proses panjang yang berterusan. Rata-rata ditunjukkan oleh penggiat seni apabila hasil karya itu dapat direalisasikan. Menurut seorang sahabat menceritakan perjalanan hidup sebagai pengkarya diisi dengan kembara seni. Ianya proses mencari ilham, keluar mencari sumber idea, mengamati sesuatu kejadian, menajamkan kembali pengamatan visual dan berfikir
di sebalik alam semula jadi untuk menghasilkan sebuah karya. Kembara seni itu suatu proses pembelajaran berkait dengan sumber alam.

Pulau Bidong mendedahkan banyak subjek alam khasnya untuk insan seni. Mengalir di dalamnya kisah untuk didokumentasikan. Program Nyoteng adalah kembara kembali pada tema-tema yang barangkali tenggelam dalam dunia utopia. Pengkarya menarik tangan masing-masing jangan dibiarkan tenggelam dalam dunia utopia. Dunia utopia tidak ada dunia realiti kerana dunia utopia mewah dengan idea dan konsep yang dianggap muluk-muluk. Kembalinya ke alam semula jadi membawa suatu keajaiban dalam keadaan ingin terdedah dengan alam dan menghayati keindahan alam melalui melukis, melakar yang sendiri memahaminya.

Sejarah Mei 1975, bot pendatang seramai 47 orang pelarian Vietnam mendarat di Pulau Bidong itu menjadi dokumentasi. Hingga Jun 1979 seramai 40,000 orang hanyut berada di pulau yang kini menjadi produk pelancongan terkenal di Terengganu.

Detik yang dirakam melalui pancaindera masing-masing akan menjanjikan suatu realiti dalam bentuk artwork dan akan dipamerkan oleh pihak Muzium Negeri Terengganu.
Ketajaman pancaindera insan seni mungkin berbeza-beza. Penghayatan mendalam menjiwai diri di sebalik kelaparan, dibunuh oleh lanun, perempuan di rogol, kuasa komunis, bot kecil yang bocor, terhimpit, mengandung janin, sengsara dan nasib tidak menentu memercikkan warna yang pelbagai.

Proses berkarya berkait dengan fizikal alam sebagai sumber ilham adalah kerja halus berseni yang perlu dinilai. Hasilnya boleh berkomunikasi dengan semua orang. Cuma cabarannya lebih hebat, bagaimana di kalangan masyarakat akan mengatakan mereka melihat seni dalam rangka mencari apa-apa yang mereka tidak tahu. Mereka melihat kesengsaraan manusia di Pulau Bidong di sebalik sumber alam.

Hasil seni itu banyak yang boleh dipelajari tentang apa-apa yang sedang dan akan berlaku. Di sebalik imej, warna, garis, bayang dan cahaya suatu suasana keperihatinan pada orang lain. Kejujuran, nilai peribadi, sikap, kesombongan manusia, kezaliman dan keadilan akan dirakam secara berseni. Segalanya ini mencetuskan suatu aprisiasi perjuangan dalam sejarah seni lukis. Umpama berlakunya suatu pemikiran di sebalik karya Monet ‘Impression, Sunrise’ tahun 1872 mencetus gerakan Impresionisme.

Dalam istilah Paul Klee, membuat sesuatu di sebalik yang dilihat itu kelihatan menon jolkan kekuatannya. Tugasan dalam melukis itu sebagai usaha memperlihatkan kekuatan bertali erat dengan sensasi.

Pulau Bidong membawa cabaran kepada penggiat seni. Cabaran untuk merakamkan seni visual yang dikaitkan dengan masa lalu. Kejadian yang tidak terasing, menagih simpati hingga apabila merenung pohon kelapa dan angin bertiup menyaksikan ada suara jeritan. Batu dan daun kering yang dipungut itu membawa kesan derita di atas kanvas putih.

Suatu yang tidak kelihatan menjadi kelihatan. Hanya dengan warna, imej, mainan cahaya dan suasana (mood) mengajak audien berfikir ada hati seperti merasai. Imej visual itu menimbulkan dokumentasi nilai-nilai sejarah dan kemanusiaan sejagat.

Koleksi karya-karya ini mungkin menjadi dokumentasi pelbagai. Sumber komersial dalam bentuk poskad, kalender, setem pos kenang-kenangan, bahan ilustrasi berteks, ada catatan sajak dan seumpamanya. Apa-apa pun idea yang dipunggah itu merujuk pada catatan awal. Selain melihat sendiri dan memijak kaki di Pulau Bidong, rujukan melalui rencana akhbar, buku, laman blog memperkayakan lagi persepsi visual. Catatan puisi Marzuki Ali dalam buku ‘Desir Angin Pantai Timur’ masih ada penyu yang sudi singgah, jenis pokok yang jarang ditemui, obor-obor yang banyak, hilang keaslian alam apabila ramai manusia hanyut merosakkannya. Banyak nyawa diselamatkan, benih kedamaian bercambah biak di sebalik batu terukir, tangki air, perkuburan dan monumen. Tinggalan rumah usang, lorong denai, tapak gereja dan tokong yang segalanya itu terakam kembali dari perspektif yang tidak terduga. Akhirnya terhasil suatu organisation yang diterapkan dalam bahasa visual merujuk pada suatu naratif yang berlatarkan Pulau Bidong, meletakkan elemen ‘story telling’ dan ‘story making’.

Kupasan oleh: Mohamed Noor Bin Othman

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...