Tolong Klik Iklan Ni
Sabtu, 11 Januari 2020
Pameran Seni Visual Ulek Jiwa
Jumaat, 8 April 2016
Perkembangan Persatuan Pelukis di Terengganu
Gambar ini diambil pada tahun 1989 (sila rujuk gambar) merupakan satu aktiviti melukis outdoor oleh pelukis2 Angkatan Pelukis Terengganu (APT) yang diadakan setiap hari minggu iaitu setiap petang Jumaat di Pantai Batu Burok diperkarangan bangunan Pengkalan Budaya bermula jam 5.00 hingga 7.00 petang. Aktiviti tersebut meraih minat orangramai yang datang berkunjung di dipantai yang sentiasa menjadi tumpuan ramai setiap hari minggu.
Pelukis2 Terengganu sendiri pada ketika aktiviti itu berlangsung mampu mendekatkan lagi seni lukis kepada orangramai yang berminat melihat dari dekat bagaimana seseorang pelukis menghasilkan karya masing2 sama melukis potret, permandangan dan melihat karya. siap yang turut dipamerkan pada masa itu.
Pada tahun itu APT juga turut berjaya mengadakan pameran senilukis yang julungkalinya telah diadakan didewan Pengkalan Budaya sempena Pesta Pantai dan tahun2 seterus 2 kali pameran senilukis di Hotel Primula dan lain2 tempat lagi.
Antara pelukis2 yang terlibat pada masa itu adalah seperti Cikgu Idris Hashim Salleh sebagai Setiausaha APT, Cikgu Nazli Hamzah, Chang Fee Meng, M.Zain, Ahmad Nashidi, Cikgu Abdul Manan, Cikgu Sahabudin, Cikgu Tengku Afzan, Cikgu Sulaiman, Cikgu Azizah, saya sendiri dan dan ramai lagi pelukis2 yang tak sempat ditulis disini.
Dukacita pada tahun 1994 @ 1995 akhirnya APT telah terkubur meninggalkan lompong atau kekosongan senilukis di Terengganu untuk beberapa tahun lamanya sehinggalah tertubuhnya PERSATUAN PELUKIS TERENGGANU (PeTer) pada akhir 2013 dan didaftarkan dengan ROS secara rasmi pada 7 Mei 2014 yang mana beberapa pelukis dari zaman APT turut melibatkan diri untuk menggerakkan aktiviti2 PeTer dan dibantu beberapa pelukis2 muda untuk sama2 meneruskan kesimbungan senilukis di Terengganu.
Untuk julungkali PeTer terlibat dengan pameran pertama iaitu Pameran DUHAI TANAH AIR di Muzium Negeri Terengganu kelolaan Muzium Negeri, MCAT, Balai Seni Visual Negara (BSVN) dan pada tahun 2014. Pameran tersebut turut digabungkan dengan nukilan sajak bertema kemerdekaan dan kecintaan kepada tanahair seiring dengan beberapa lukisan yang dipamerkan oleh penulis2 dari Persatuan Penulis Terengganu (PELITA)
Selain itu PeTer juga turut dijemput mengadakan pameran senilukis di Muzium Melaka dan Galeri Shah Alam dan juga di Balai Seni Visual Negara. Pada akhir November hingga Disember 2015 atas kelolaan PeTer sendiri, satu pameran senilukis iaitu pameran KITAKITA telah diadakan dengan mempamerkan karya2 terbaru pelukis2 PeTer dilobi Primula Beach Hotel selama 2 minggu. Selepas itu pameran KITAKITA 2.0 disambung pula di lobi Park Inn Hotel sehingga penghujung Disember 2015. Dalam pada itu juga PeTer turut dijemput mengadakan mini pameran di Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong sempena perlumbaan kapal layar Monsoon Cup.
Pelukis2 PeTer juga saban minggu turut mengadakan beberapa aktiviti outdoor atau lebih dikenali pleinair dilokasi2 tertentu seperti pleinair di Pulau Duyong, Pulau Ketam, Pasar Kedai Payang, Laman Rumah Haji Su, Taman Tamadun Islam (Masjid Kristal, Jeti Penambang Seberang Takir, Art Market diperkarangan Muzium Negeri, Pulau Kekabu dan program 20 Pelukis Melukis Terbuka 2016 yang diadakan di perkarangan Muzium Negeri yang mendapat sambutan dari orangramai dan liputan dari akhbar Sinar Harian dan Berita Harian.
Dengan pelbagai aktiviti yang telah dijalankan tersebut adalah diharapkan mampu menyerlahkan atau membangkitkan kembali kegemilangan senilukis dan juga bakat2 pelukis2 sama baru atau yang lama dapat diperkembangkan lagi di Terengganu khasnya dan di Malaysia amnya.
Penekanan: PeTer bukanlah kesimbungan APT tetapi ianya ditubuhkan sebagai suatu kaedah untuk menghimpunkan pelukis2 dibawah satu bumbung demi kelangsungan kumpulan bakat2 pelukis untuk terus menghidupkan semangat senilukis di Terengganu
Sekian.
Penulis: Kazz Kadri
(Bendahari & Pendaftar Keahlian)
Rabu, 16 Mac 2016
Aktiviti PeTer
Satu lagi program pleinair yang alan diadakan pada 19 Mac 2016. Kepada peminat senilukis di Terengganu bolehlah berkunjung untuk melihat dari dekat 20 pelukis melukis secara terbuka di perkarangan Muzium Negeri Terengganu.
Turut dipamerkan secara santai beberapa buah karya dari mereka dan juga jualan karya dengan pelbagai medium samada cat air, cat minyak, cat akrilik, lukis potret dan lain lain lagi.
Jom pakat hungga blake deh! ☺
Sabtu, 23 Januari 2016
Pleinair Masjid Kristal
Khamis, 21 Januari 2016
Lukisan | My Art
Bermula dari sekarang aku akan menguploadkan beberapa buah karya-karya lukisan sendiri yang dilukis sejak beberapa bulan yang lalu.
Rabu, 25 November 2015
Secalit Warna
SECALIT WARNA
LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA (LPSVN) sangat berbangga kerana dapat berkerjasama dengan Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer) dan Negeri Terengganu amnya dalam menjayakan program 1MCAT 2015 melalui Pameran KITAKITA
Pameran ini yang mengungkap suatu ekspresi lokal yang menzahirkan keunikan dan kepelbagaian warna budaya tempatan merupakan satu pengalaman yang mempersonakan. Saya begitu optimis dengan pelbagai subjek yang terdapat di Terengganu ini bakal divisualkan dengan penuh gaya tersendiri kerana Persatuan Pelukis Terengganu mempunyai pelukis yang tercatat namanya dipeta persada seni visual tempatan dan luar negara.
Semoga pameran ini dapat memberi satu inspirasi serta pengetahuan baru kepada masyarakat kearah membangunkan seni visual di negeri Terengganu. Tahniah kepada semua yang terlibat dan khususnya kepada penggiat seni jemputan yang berusaha menjayakan pameran ini.
Syabas sekali lagi kepada semua yang terlibat diatas segala komitmen yang memungkinkan kejayaan pameran ini dan seterusnya program dan aktiviti-aktiviti seniyang bakal berlangsung pada masa hadapan.
DATO' AHMAD NAJB BIN AHMAD DAWA
KETUA PENGARAH
LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA
Isnin, 23 November 2015
Kita Dalam KITAKITA
Diksi KITAKITA menunjuk pada gantinama diri yang menggambarkan satu kelompok manusia yang membahasakan dengan nada rendah diri. Dalam pada itu KITAKITA turut menggambarkan kesatuan dan kesepaduan dalam usia Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer) yang masih muda untuk turut bersama memberi kepelbagaian warna dipersada seni lukis tanah air.
KITAKITA berusaha menzahirkan citra dan jatidiri lokal melalui subjek budaya, lanskap dan monumen. Tema ini mengungkap rasa 'kekitaan' sebagai watan yanv memiliki apresiasi terhadap tanah kelahiran. KITAKITA secara tak langsung merupakan ekspresi kecaknaan terhadap persekitaran. Semoga sedikit dari sumbangan dikongsi bersama. Insha Allah.
Petikan dari buku katalog Pameran KITAKITA
Jumaat, 15 Ogos 2014
1MCAT Terengganu & Pameran "Buat Mu Duhai Tanah Air"
Pada 12 Ogos 2014 telah berlangsung satu pameran senilukis yang bertempat di Muzium Negeri Terengganu di Bukit Losong yang mempamerkan hasil karya pelukis Terengganu dari Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer) dan nukilan sajak dari Persatuan Sasterawan Negeri Terengganu (Pelita).
Pameran tersebut telah dirasmikan oleh Y.B Dato' Haji Mazlan Ngah Setiausaha Kerajaan Negeri dan turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (BSVN) Dato' Mahadzir Lokman.
Karya-karya lukisan yang dipamerkan dalam pameran tersebut yang dianjur dengan kerjasama Balai Seni Visual Negara, Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Pejabat Kementerian & Kebudayaan Negeri Terengganu, Tourism Malaysia Terengganu, PeTer dan Pelita menggambarkan semangat kecintaan kepada tanah air melalui gambaran keindahan tanahair dan kecintaan kepada budaya dan warisan. Manakala para penyair pula mengemukakan tema perjuangan dan nasionalisma dalam bait-bait puisi sekaligus meniup semangat patriotik dikalangan pembaca.
Gabungan antara catan dan puisi dalam satu pameran tersebut akan memberikan satu impak yang lebih besar dimana dua medium seni ini memiliki kekuatan yang tersendiri untuk berinteraksi dengan masyarakat sekaligus berupaya berkongsi gagasan pemikiran melalui kedua-dua karya tersebut.
Pameran Buat Mu Duhai Tanah Air yang berlangsung dari 12 Ogos hingga 12 September 2014 berlandaskan objektif untuk memberi apresiasi kepada penggiat kesenian tempatan sebagai medium penyaluran idea dan mesej serta mempamerkan lukisan dan puisi yang mengandungi naratif persejarahan sebagai satu ilmu dan maklumat disamping memaparkan sejarah perjuangan nasionalisma atau kemerdekaan melalui olahan warna dan bahasa kata selain ia mampu meningkatkan semangat patriotik masyarakat terutama dikalangan generasi muda dan ianya amat bertepatan dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia 2014.
Dengan itu, orangramai dijemput untuk menatapi keindahan karya-karya lukisan serta bait-bait puisi yang ketika ini sedang berlangsung pada tarikh dan tempat tersebut.
Sabtu, 12 Julai 2014
Pameran Lukisan 1MCAT PeTer, Muzium Negeri Terengganu dan Pelita
Program 1MCAT Negeri Terengganu akan berlangsung di Muzium Negeri Terengganu pada 12 Ogos 2014 bersamaan 16 Syawal 1435H dengan kerjasama Kementerian Perlancungan dan Balai Seni Visual Negara (BSVN) dan juga pameran "Buatmu Duhai Tanahair" anjuran Muzium Negeri bersama dengan Pejabat Perlancungan Negeri, Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer) serta Persatuan Sasterawan Negeri Terengganu (Pelita) dan juga majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri oleh Muzium Negeri Terengganu.
Dengan itu, pelukis-pelukis PeTer dikehendaki menghantarkan karya lukisan maksima dua buah (2) lukisan setiap seorang berkenaan tema tersebut untuk pameran dan jualan. Karya-karya pelukis PeTer akan dipamerkan sekali dengan koleksi lukisan dari pihak Muzium Negeri Terengganu dan juga karya puisi dari Pelita.
Perlu diingatkan, 2 buah lukisan akan dipilih untuk dijadikan cenderahati perasmi pameran tersebut kepada SUK, Ketua Pengarah BSVN atau lain-lain. Pada masa tersebut dijemput juga pihak pengurusan hotel2 dan jabatan-jabatan kerajaan sekitar Kuala Terengganu untuk hadir pada tarikh program tersebut. Semua karya-karya akan dibukukan dan diberi percuma kepada pengkarya.
Dengan itu, adalah diharapkan para pelukis dapat menghantar karya satu (1) minggu sebelum raya nanti. Pelukis hendaklah menyertakan biodata peribadi seperti berikut:
1. Nama penuh
2. Tarikh lahir
3. Pendidikan tertinggi
4. Kejayaan yang diperolehi
Karya yang dihantar untuk pameran perlu disertakan:
1. Nama pelukis
2. Tajuk lukisan ( 2 karya)
3. Medium
4. Tahun (karya yang dihasilkan)
Untuk mesyuarat agung (AGM) PeTer akan turut diadakan pada bulan September 2014 nanti bersama pameran tersebut. Begitu juga Residensi Pelukis Siri ke 2 akan diadakan dan akan diberitahu tempatnya nanti. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Timbalan Pengerusi Penaja Encik Sabri ditalian 019-9630015
Sekian dimaklumkan. Terimakasih.
Khamis, 22 Ogos 2013
Pameran Air Tangan
Koleksi lukisan-lukisan yang menjadi milik LMNT merupakan hasil karya pelukis-pelukis yang menyertai pertandingan Citra Terengganu dan memenangi tempat terbaik pertandingan tersebut yang telah diada sejak tahun 2005 sehingga 2013. Pertandingan yang telah dianjurkan itu bertemakan citra Negeri Terengganu yang berpaksikan pada budaya, sejarah, alam sekitar Negeri Terengganu itu sendiri.
Kepada pelukis-pelukis dan peminat-peminat senilukis tanahair, bolehlah berkunjung ke pameran tersebut yang sedang berlangsung dari 22 Ogos - 21 Oktober 2013, Foyer Muzium, Negeri Terengganu. Nikmatilah dari kacamata anda karya-karya lukisan yang dipamerkan.
Sabtu, 27 Oktober 2012
Mengungkit Kenangan Lalu Bersama APT
![]() |
| Pamplet pameran kali ke 2 |
![]() |
| Aktiviti seni di Tasik Kenyir |
Antara beberapa aktiviti seni yang masih diingat-ingat lupa seperti, aktiviti mingguan di Pantai Batu Burok, Bukit Putri berhampiran Bazar Warisan, aktiviti melukis di Kuala Berang (Memorial Batu Bersurat, Kampung Buluh, Kuala Berang dan kawasan sekitarnya), sehari kembara seni di Tasik Kenyir dan lain-lain lagi.
![]() |
| Aktiviti melukis mingguan di Pantai Batu Burok |
Sementara pameran yang telah diadakan seperti, pameran pertama semasa Pesta Pantai di Pengkalan Budaya Pantai Batu Burok (semasa bangunan lama sebelum seperti sekarang ni - 2 kali), pameran seni di Primula Beach Resort (3 kali), pameran anjuran MalRa (Persatuan Membantu Pesakit Kusta Malaysia) di Stadium Tertutup Negeri Terengganu yang turut disertai oleh pelukis-pelukis nama besar dari Kuala Lumpur dan pameran anjuran kilang pencetakan Utusan Malaysia, Gong Badak (ada lagi beberapa aktiviti dan pameran yang tak dapat diingati). APT juga pernah dijemput menyertai aktiviti dan pameran anjuran Senika Pahang iaitu aktiviti melukis di Sungai Lembing dan seterus mempamerkan hasil karya-karya di Pusat Pelancungan...dipamerkan lukisan-lukisan yang mendapat tempat kedudukan terbaik berdasarkan dari sudut pandangan setiap pelukis ketika di Sungai Lembing.
![]() |
| Pameran pertama APT |
p/s: Banyak gambar-gambar aktiviti seni tersimpan dalam album...tapi masa tu zaman pakai 'kodak'...beberapa keping yang diupload kat sini aku ambik semula dengan kamera digital kompak dan kemudian diedit bagi terang skit.
Sabtu, 22 September 2012
Karikatur
![]() |
| Lukisan karikatur hasil karya Amir Extremeart |
Pernah tak wajah korang dikarikaturkan oleh pelukis? Hahahh...memang lucu la kalau wajah kita diherotkan tapi masih seiras lagi dengan gambar asal...hahahaa...nampak lawak, lucu dan sempoi jer...hahahah.
Sebenarnya bukan senang nak mengherotkan wajah seseorang...perlu bakat dan kemahiran yang tinggi untuk mengkarikaturkan potret...aku sendiri pun tak mampu buat sehebat ni walaupun aku sendiri bermula sebagai kartunis pada awal dulu-dulu...ermm masa muda-muda dulu la...sekarang dah 'pencen' lukis kartun dah...cuma sekali sekala tu ada la kalau nak lepas gian...hahahah...opstttt apahal aku citer kisah aku pulak ni...dah melalut dah nih...hahahhh.
Cuba korang tengok gambar sebenar dengan karikatur tu...amacam? Hahahhh...memang menjadi kan kan kan? Kalau korang nak tempah lukisan karikatur macam ni...boleh hubungi sahabat aku bro Amir Extremeart melalui FB beliau. Selain karikatur...beliau juga berbakat melukis potret, alam semulajadi, mural dengan pelbagai medium dan pernah melukis poster wayang gambar (panggung wayang atau pawagam)...semasa zaman cineplex takde lagi macam sekarang ni. Dulu-dulu kalau satu-satu wayang gambar yang nak ditayangkan...pelukis-pelukis akan melukis poster yang bersaiz besar (saiz? ermmm...saiznya besar la) untuk ditampalkan kat bangunan pawagam...ermmm sekarang ni dah tak ada dah...semuanya pakai cetak jer. Owhh...teringat kat sorang kawan aku yang pernah melukis poster wayang di pawagam Rex (bangunan ni ada lagi...dah jadi tempat perniagaan) yang terletak ditapak stesyen bas lama Kuala Terengganu tu (sekarang stesyen teksi)...hebat jugak kawan aku tu (nostalgia...kemanakah beliau kini?)
Hahahhh...berbalik pada topik...ni la gambar asal semasa join KONVOI AMAL HARI MALAYSIA baru-baru ni yang sahabat aku bro Amir Extremeart karikaturkan... :)
![]() |
| Gimik perasmian sticker 3D EOCM TGK CREW |
Sabtu, 14 Julai 2012
Gambar: Diskusi Seni GPT
InsyaAllah, selepas ini aktiviti seni GPT selain melukis demo spontan dan mengambil tempahan melukis potret secara live, pelukis-pelukis GPT turut membawa beberapa karya untuk dipamer dilokasi. Mungkin Jumaat sebelum puasa ni akan diadakan aktiviti seni dilokasi yang sama.
Jumaat, 29 Jun 2012
Nota Kecil
Kali ini aku petik dari luahan sebuah 'Nota Kecil' dari seorang rakan pelukis kat group Facebook Grup Pelukis Terengganu.
Nota Kecil Untuk Citra Terengganu: Tema dan Syarat Pertandingan Melukis
- (e) Karya mestilah dilukis di atas permukaan yang rata (bersifat 2-D) seperti kanvas, kertas, kain atau papan yang tidak melebihi 3 mm ketebalannya.
- (f) Segala karya bersifat 3-D seperti kolaj, asemblaj, arca, ukiran, gubahan, diorama, anyaman dan lain-lain teknik yang menyukarkan pihak Penganjur mempamerkan karya tersebut tidak dibenarkan. Karya yang bersifat instalasi dan karya yang dihasilkan melalui aplikasi komputer (computer generated) juga tidak dibenarkan.
- (g) Satu hasil karya tidak dibenarkan terdiri dari gabungan beberapa keping yang berasingan.
Pendapat Peribadi Kizz Kazz
Ingin aku menambahkan disini atas dasar sebagai seorang pelukis yang baru-baru ini turut sama menyertai pertandingan melukis Citra Terengganu dalam kategori spontan (Motif Batik) dan juga pemahaman aku dari peringkat awal dan juga ucapan oleh pihak juri pada majlis penyampaian hadiah, contohnya bagi motif batik adanya sesuatu karya yang tak mencapai 'target' dari segi untuk menjanakan perkembangan 'rekaan' corak-corak batik samada batik canting atau batik terap.
Pelukis yang diumumkan sebagai pemenang gagal mengeskploitasikan rekaan corak-corak batik yang lebih kehadapan dan jelas pihak juri gagal memahami nilai seni batik. Bukan niat aku nak mempertikaikan kemampuan juri pertandingan namun sebagai seorang pelukis dan juga pengusaha batik yang berbelas tahun dalam bidang ini, aku rasa tahap pengadilan juri mungkin sedikit terkhilaf!
Untuk kategori siap (Motif Songket) kebanyakan pemenang hadiah utama lebih menepati seni tenunan songket dan tidak perlu dipertikaikan.
Khamis, 28 Jun 2012
Pentingnya Senilukis Di Terengganu
Pelukis berbakat di Terengganu sebenarnya ramai tetapi malangnya Terengganu satu-satunya kini negeri yang tiada persatuan mahupun galeri senilukis. Kelihatannya para pelukis seperti terpinggir atau terlepas pandang dari kerajaan negeri mahupun dari pihak berwajib dalam badan kesenian yang ada di Terengganu.
Walaupun saban tahun pihak Muzium Negeri Terengganu menganjurkan pertandingan melukis Citra Terengganu dan sekali-sekala diadakan diskusi seni, tetapi aktiviti sedemikian tidak mampu menonjol atau mengangkat martabat pelukis-pelukis samada yang baru atau lama. Betapa perlunya para pelukis di Terengganu diberi sokongan seperti diadakan sebuah galeri senilukis yang tetap/kekal dan jika Terengganu mempunyai sebuah galeri (@ Balai Seni Lukis Negeri), ia mampu memacu perkembangan seni lukis sebagaimana kesenian yang lain yang terdapat di Terengganu.
Perlu diakui, setiap sebuah lukisan yang dikaryakan oleh pelukis-pelukis Terengganu boleh memberi pendedahkan setiap elemen kebudayaan dan sejarah mahupun semasa kepada khalayak ataupun berfungsi sebagai penceritaan bergambar kepada para pelancung dalam dan luar negeri. Nilai estetika seni yang terdapat pada sesebuah karya yang dihasilkan oleh seseorang pelukis mampu menarik audien supaya lebih mengenali kebudayaan, kesenian, sejarah dan semasa.
Untuk rekod, para pelukis Terengganu pada tahun 80 - 90an telah pun bernaung dibawah persatuan iaitu Angkatan Pelukis Terengganu (APT) yang ditunjangi oleh mereka yang bersemangat memberi sokongan kepada ahli-ahli supaya dapat didedahkan hasil karya para pelukis Terengganu. Walaubagaimanapun ketika itu, tiada satu pun sebuah galeri khas untuk mempamerkan karya-karya lukisan secara tetap. Terdahulu, sebuah balai senilukis (kalau dikatakan balai senilukis) iaitu sebuah rumah di Jalan Kamaruddin diubahsuai tetapi hanya diserahkan kepada pelukis individu iaitu allahyarham M.Zain.
Bila hanya seorang sahaja diberi hak sebagai 'pemilik' balai senilukis, akan berlaku ketidakmampuan menggerakkan sebarang aktiviti senilukis di balai senilukis tersebut dan akhirnya hanya tinggal sejarah!
Dengan adanya sebuah galeri senilukis yang kekal dan mudah dikunjungi oleh orangramai, ia mampu meningkat pelancungan dalam negeri Terengganu secara tak langsung lebih-lebih lagi Terengganu bakal mengadakan Tahun Melawat Terengganu pada tahun 2013.
p/s: Sejak diadakan pertandingan melukis Citra Terengganu, tentunya pihak Muzium Negeri Terengganu mempunyai koleksi pelbagai karya lukisan yang dihasilkan oleh peserta pertandingan. Jadi kini, amat sesuai pihak pengurusan Muzium Negeri dengan kerjasama kerajaan negeri dapat mengadakan satu Galeri @ Balai Senilukis Terengganu yang kekal!
Rabu, 27 Jun 2012
Live Sketch|Ngeteh Seni
Selain buat live sketch, kami juga bertukar-bertukar pendapat mengenai cara-cara untuk meningkatkan lagi mutu lukisan masing-masing, lebih-lebih lagi live potret yang memang susah kalau takde keberanian atau keyakinan berdepan dengan khalayak ramai. Bukan satu kerja yang mudah bila buat live sketch. Biasa kalau berdepan dengan khalayak ramai, perasaan gemuruh mesti menerjah dalam hati setiap pelukis potret.
Memang terbaik kalau aktiviti seni sentiasa ada kat Kuala Terengganu ni, maklumlah sejak beberapa tahun kebelakangan ni, Terengganu seperti tiada apa-apa aktiviti senilukis apatah lagi Angkatan Pelukis Terengganu (APT) dah berkubur! Galeri senilukis jauh sekali dan dirasakan Terengganu lah satu-satunya negeri dalam Malaysia takde persatuan dan galeri senilukis. Mujurlah Muzium Negeri Terengganu saban tahun menganjurkan pertandingan Citra Terengganu. Sekurang-kurangnya ada juga pengisian senilukis kat Terengganu ni.
Ok...sekarang kita tatap gambar-gambar aktiviti seni;
| Sedang melakar mata dengan pensil warna |
| Model yang sporting ;) |
| Live potret buah tangan Kizz Kazz :) |
| Lakaran baby |
| Ngeteh |
| Live sketch |
Selasa, 26 Jun 2012
My Artwork @ Citra Terengganu 2012 [Motif Batik]
| Medium batik atas kain rayon. Selesai mencanting dan lorekan lilin dengan berus |
| Selepas diwarna background, diwarnakan pula bunga orkid kemudian dijemur ditengah panas supaya cepat kering |
| Bila dah kering, sekali lagi dilukis bunga-bungaan dengan lorekan berus lilin |
| Kemudian dibackground sekali lagi |
| Dah kering, buat lagi lorekan lilin...pucuk rebung! |
| Ni la efeknya bila/kalau kain rayon ni di celur...lorekan lilin akan lebih ketara dengan teknik overlapping |
| Kemudian diberi sentuhan terakhir pada hari ketiga pertandingan dengan menggunakan pastel |
Aku tak kedekut ilmu seni batik ni...hehehee. Kalau korang nak belajar camner nak melukis menggunakan medium batik, korang boleh la belajar step by step dari penerangan dan gambar kat atas skit sebanyak.
Walaupun lukisan batik aku tak menang apa-apa hadiah pertandingan Citra Terengganu 2012 tapi aku tetap berpuashati dengan apa yang aku hasilkan pada hari tu. Dalam beberapa siri pertandingan anjuran Muzium Negeri Terengganu, nilah pertama kali aku melukis menggunakan medium batik.





















