Gambar hiasan...keta aku nih...heheheee |
Mengenali Sistem SQ(Sound Quality)
Macam mana kita boleh mengetahui sistem audio kereta yang didengari mempunyai kualiti bunyi yang baik, best dan sedap didengar? Apa ciri-ciri sistem SQ? Objektif utama sesuatu sistem bunyi yang baik adalah untuk mereplikasikan sebuah persembahan langsung yang telah dirakam dengan setepat yg mungkin. Sekiranya terdapat persembahan dari kumpulan band, persembahan pentas ataupun mainan muzik dari 2 orang pemuzik sahaja yang telah dirakam, sesebuah sistem yg baik akan dapat memberi kita perasaan yang serupa sepertimana kita menghadiri persembahan tersebut secara langsung.
Sekiranya seseorang vokalis dan gitaris sedang bermain muzik secara 'live akustik', rakaman yg dimainkan didalam kereta juga memberi gambaran yang sama sepertimana persembahan dihadapan pentas.
Muzik sememangnya bersifat subjektif mengikut penilaian atau pendapat seseorang yang mendengar sebuah sistem muzik. Industri audio kereta dibahagi kepada 4 ciri-ciri kategori iaitu KUALITI NADA, IMEJ, PENTAS dan KEBISINGAN.
KUALITI NADA;
Bermakna bagaimana suara vokal dan bunyi peralatan muzik dirakamkan hampir atau menyerupai bunyi yang sebenar dimana peralatan muzik dimainkan secara langsung diatas pentas.
IMEJ;
Imej muzik pula boleh dikatakan bagaimana kita dapat membayangkan lokasi setiap pemain muzik yang sedang bermain. Contohnya sebuah kumpulan band terdapat vokalis, drummer, gitaris bass/rhythm/lead. Biasanya vokalis berada ditengah hadapan, drummer dibahagian tengah belakang manakala gitaris bass dikiri vokalis sementara kedua-dua gitaris lain disebelah kanan vokalis. Apabila kita memainkan rakaman didalam kereta, kita dapat membayangkan dimana lokasi pemuzik itu berada.
Dalam sistem yg berkualiti, setiap lokasi pemuzik/vokalis akan kedengaran dengan tepat, terasing dan tidak bercampur aduk dengan bunyi peralatan muzik yg lain serta mudah untuk dijangkan kedudukan mereka.
PENTAS;
Apabila rakaman dimainkan didalam kereta, kita boleh bayangkan saiz pentas dimana persembahan itu dilakukan. Pentas dapat dinilai dalam 4 aspek iaitu KELEBARAN, KETINGGIAN, KEDALAMAN dan LOKASI PENDENGARAN iaitu jarak pendengar dan dari mula pentas.
Sistem SQ audio kereta yang baik, pentasnya akan terbayang lebih besar dari sempadan fizikal sebenar kereta. Kelebaran pentas dirasakan menjangkau dari cermin tepi kereta, ketinggian lebih dari bumbung kereta, kedalaman terasa lebih dalam dari cermin hadapan kereta dan lokasi pendengaran terasa jauh kehadapan diatas bonnet kereta.
KEBISINGAN;
Kebisingan atau lebih tepat lagi, ketiadaan bunyi bising adalah kategori terakhir ciri-ciri sistem SQ yang baik. Sistem yang bagus tidak mempunyai apa-apa bunyi yg berciri elekrikal dan mekanikal yang melibatkan sistem bunyi atau dari kereta. Kebisingan yang paling biasa didengari itu akan lebih kuat sekiranya kita menekan pedal minyak dan seterusnya adalah bunyi bising dari lantai, bukan lantai kereta tetapi lantai bunyi sistem audio. Sesuatu bunyi yang berdesis akan kedengaran apabila muzik telah berhenti dimainkan, pada volume yang rendah.
Bunyi-bunyi yang lain pula adalah bunyi 'klik' atau 'pop' apabila sesuatu suis dihidupkan atau dimatikan seperti suis lampu, suis air-con, suis radio ataupun ketika menghidupkan enjin kereta.
Sistem yang berkualiti tidak akan mempunyai mana-mana bunyi bising tersebut yang biasanya berpunca dari peralatan audio yg berkualiti rendah dan juga proses pemasangan dan pendawaian yang kurang cekap.
Kita seringkali ingin mendengar bunyi yang terbaik dalam kereta dan dapat dibandingkan dengan persembahan sebenar ataupun bunyi sistem audio rumah yg baik. Ini semua menjadikan sesuatu hobi yg menarik, mencabar dan mengasyikkan. Menaik taraf sistem audio kereta adalah sebuah perjalanan yang tiada penghujungnya dalam pencarian sistem bunyi yg sempurna dan menikmati kepuasan audio yg sebenar.
1 ulasan:
Assalam tuan,berapa kos utk setup audio sq ? Sy br berjinak2 dgn audio kereta ni..
Catat Ulasan