Pertamakali guna GPS :) |
Baru jer balik dari Penang tempohari:- sila klik Trip To Penang... kami sefamili sekali lagi merentasi banjaran Titiwangsa (Lebuhraya Timur-Barat) ke negeri Indera Kayangan - 27-29 Mei, kali ni atas urusan menghantar puteri ketiga mendaftar masuk di Kolej Matrikulasi Perlis di Arau. Seperti biasa la...EOCM - 647 no pesawat Proton Exora menjadi nadi pengangkutan kami sekeluarga dan bagasi yang banyak juga la...ermmm Exora memang sesuai sangat untuk perjalanan jauh...heheee. Trip kali ni juga pertamakali berpandukan GPS (pinjam dengan kawan)...memudahkan cari tempat yang dituju.
Ketika baru tiba di perkarangan KMP |
TT bersama NEXO di Sukee Station |
Hari pendaftaran dan taklimat ibubapa/pelajar |
Laksa Perlis D' Adna Laksa House, Kuala Perlis |
Cenderahati dari Padang Besar...hehehee |
Kami sefamili tiba di Kolej Matrikulasi kira-kira jam 4.30 petang selepas menempuh ranjau perjalanan dan hujan lebat/panas terik sambil dibantu GPS. Walaupun guna GPS, kami masih tersesat jugak la...bukan 100% boleh diikut GPS ni...nak kena guna kemahiran membaca papantanda jalan jugak!
Kami menginap diasrama pelajar yang disediakan oleh pihak pengurusan Kolej Matrikulasi Perlis...ok la tu...jimat belanja...hehehee.
Pada sebelah malam, kami berkesempatan berTT dengan rakan-rakan sealiran iaitu NEXO. Walaupun NEXO bukan dalam EOCM tetapi atas tali silaturrahim, kami tetap berTT seperti biasa di bandar Kangar (ahli-ahli NEXO merupakan pecahan dari EOCM). Terimakasih rakan-rakan NEXO kerana sudi menjemput kami sefamili berTT.
Di hari kedua, kami mengambil kesempatan merasai kelazatan laksa Perlis, Kuala Perlis di restoran D' Adna Laksa House...perghhh memang sedap beb! Selepas selesai makan laksa Pelis, kami pergi ke Padang Besar...shopping la apa-apa yang patut sebagai buah tangan untuk dibawa balik ke Terengganu.
** Satu kenangan yang tak akan kami sefamili lupakan sampai bila-bila. Ketika sampai di Penang pada jam 12.00 tengahmalam, kami dah amat mengantuk dan mengambil keputusan stay di Penang tapi malangnya semua bilik hotel dah penuh...maklum la musim cuti sekolah. Kami takde pilihan lain terpaksa tidur dalam kabin Exora di sebuah stesen minyak. Satu pengalaman manis tidur dalam kabin Exora!
Takde hal kami sefamili seramai 5 orang tidur dalam kabin Exora. Memang luas bila dibaringkan barisan seat belakang dan tengah...lena sampai subuh! :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan