Medium batik atas kain rayon. Selesai mencanting dan lorekan lilin dengan berus |
Selepas diwarna background, diwarnakan pula bunga orkid kemudian dijemur ditengah panas supaya cepat kering |
Bila dah kering, sekali lagi dilukis bunga-bungaan dengan lorekan berus lilin |
Kemudian dibackground sekali lagi |
Dah kering, buat lagi lorekan lilin...pucuk rebung! |
Ni la efeknya bila/kalau kain rayon ni di celur...lorekan lilin akan lebih ketara dengan teknik overlapping |
Kemudian diberi sentuhan terakhir pada hari ketiga pertandingan dengan menggunakan pastel |
Aku tak kedekut ilmu seni batik ni...hehehee. Kalau korang nak belajar camner nak melukis menggunakan medium batik, korang boleh la belajar step by step dari penerangan dan gambar kat atas skit sebanyak.
Walaupun lukisan batik aku tak menang apa-apa hadiah pertandingan Citra Terengganu 2012 tapi aku tetap berpuashati dengan apa yang aku hasilkan pada hari tu. Dalam beberapa siri pertandingan anjuran Muzium Negeri Terengganu, nilah pertama kali aku melukis menggunakan medium batik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan