Tolong Klik Iklan Ni

Khamis, 28 Jun 2012

Pentingnya Senilukis Di Terengganu


Pelukis berbakat di Terengganu sebenarnya ramai tetapi malangnya Terengganu satu-satunya kini negeri yang tiada persatuan mahupun galeri senilukis. Kelihatannya para pelukis seperti terpinggir atau terlepas pandang dari kerajaan negeri mahupun dari pihak berwajib dalam badan kesenian yang ada di Terengganu.


Walaupun saban tahun pihak Muzium Negeri Terengganu menganjurkan pertandingan melukis Citra Terengganu dan sekali-sekala diadakan diskusi seni, tetapi aktiviti sedemikian tidak mampu menonjol atau mengangkat martabat pelukis-pelukis samada yang baru atau lama.  Betapa perlunya para pelukis di Terengganu diberi sokongan seperti diadakan sebuah galeri senilukis yang tetap/kekal dan jika Terengganu mempunyai sebuah galeri (@ Balai Seni Lukis Negeri), ia mampu memacu perkembangan seni lukis sebagaimana kesenian yang lain yang terdapat di Terengganu.


Perlu diakui, setiap sebuah lukisan yang dikaryakan oleh pelukis-pelukis Terengganu boleh memberi pendedahkan setiap elemen kebudayaan dan sejarah mahupun semasa kepada khalayak ataupun berfungsi sebagai penceritaan bergambar kepada para pelancung dalam dan luar negeri. Nilai estetika seni yang terdapat pada sesebuah karya yang dihasilkan oleh seseorang pelukis mampu menarik audien supaya lebih mengenali kebudayaan, kesenian, sejarah dan semasa.

Untuk rekod, para pelukis Terengganu pada tahun 80 - 90an telah pun bernaung dibawah persatuan iaitu Angkatan Pelukis Terengganu (APT) yang ditunjangi oleh mereka yang bersemangat memberi sokongan kepada ahli-ahli supaya dapat didedahkan hasil karya para pelukis Terengganu. Walaubagaimanapun ketika itu, tiada satu pun sebuah galeri khas untuk mempamerkan karya-karya lukisan secara tetap. Terdahulu, sebuah balai senilukis (kalau dikatakan balai senilukis) iaitu sebuah rumah di Jalan Kamaruddin diubahsuai tetapi hanya diserahkan kepada pelukis individu iaitu allahyarham M.Zain.

Bila hanya seorang sahaja diberi hak sebagai 'pemilik' balai senilukis, akan berlaku ketidakmampuan menggerakkan sebarang aktiviti senilukis di balai senilukis tersebut dan akhirnya hanya tinggal sejarah!


Dengan adanya sebuah galeri senilukis yang kekal dan mudah dikunjungi oleh orangramai, ia mampu meningkat pelancungan dalam negeri Terengganu secara tak langsung lebih-lebih lagi Terengganu bakal mengadakan Tahun Melawat Terengganu pada tahun 2013.


p/s: Sejak diadakan pertandingan melukis Citra Terengganu, tentunya pihak Muzium Negeri Terengganu mempunyai koleksi pelbagai karya lukisan yang dihasilkan oleh peserta pertandingan. Jadi kini, amat sesuai pihak pengurusan Muzium Negeri dengan kerjasama kerajaan negeri dapat mengadakan satu Galeri @ Balai Senilukis Terengganu yang kekal!

4 ulasan:

g4m3m4l4y4 berkata...

jemput datang ke blog saya

Kizz Kazz berkata...

Terimakasih kerana sudi singgah...rasa2 dah 3 kali berkunjung kat blog tuan :)

sara berkata...

saya setuju dengan cadangan untuk menubuhkan Galeri @ Balai Senilukis Terengganu. Secara jujurnya, saya memang minat dengan seni lukis dan anak jati Trg. Tambahan pula, minat & bakat ini diwarisi ke seluruh keluarga saya. Sayang sekali, negri Trg tiada tempat sbgini. Takkan tiap2 thun kena pergi Balai Seni Lukis di kl.. Sy pasti, dengan adanya galeri ni, pelukis2 Trg tidak kira tua, muda & bangsa dpt mmpamerkan karya mereka dan ini akan menjadi tarikan baru bg pelancong dan anak muda seperti sy!

penberbulusenyum2 berkata...

Salam encik Kizz Kazz, baru saya tahu permasalahan persatuan dan balaisenilukis di Terengganu. Terengganu yang kaya dengan seni dan budaya tapi takde balai senilukis...kan pelik..Kerajaan patut buat sesuatu...TQ-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...