Tolong Klik Iklan Ni

Sabtu, 21 Julai 2012

Sahur


Selamat bersahur kepada muslimin dan muslimat pengunjung Sisi Kizz Kazz

Janganlah kita lupa bahawa sahur mempunyai hikmat yang tersendiri selain mendapat kurniaan pahala dari Allah S.W.T. Bersahur merupakan amalan yang penting untuk orang yang berpuasa supaya menjadi bekalan dan ketahanan kepada kita sepanjang siang hari sebelum waktu berbuka. 

Rasulullah S.A.W bersabda, 'Bersahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkan sahur walaupun salah seorang daripada kamu hanya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah S.W.T dan para malaikatnya berselawat keatas orang-orang yang bersahur'. Hadis Riwayat: Iman Ahmad.

Sabda Baginda lagi, 'Kamu perlu bersahur kerana ia makanan yang diberkati;. Hadis Riwayat: Nasai.

Bersahur juga merupakan satu amalan yang membezakan dengan puasa penganut agama lain seperti Yahudi dan Nasrani. Baginda bersabda, 'Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita (umat Islam) dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) adalah bersahur'. Hadis Riwayat: Muslim

Sesungguhnya waktu bersahur adalah satu amalan yang mustajab untuk kita berdoa kepada Allah S.W.T lebih-lebih lagi dalam bulan ramadhan bulan mulia yang penuh berkah ini. Marilah kita sama-sama tidak melepaskan peluang keemasan ini mengangkat tangan memanjat doa semoga doa kita dimakbulkanNya. Amin

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...