Tolong Klik Iklan Ni

Jumaat, 6 Julai 2012

Kelemumur


Kegatalan kepala kerana masalah kelemumur bukannya luarbiasa. Selain itu jika kita memakai pakaian yang berwarna gelap contohnya hitam, kelemumur yang gugur (semasa menggaru-garu atau menyikat) pada pakaian kita akan mengganggu penampilan kita. Masalah kelemumur yang biasa dialami oleh kita tak mengira sesiapa samada bayi, kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Kebiasaannya kita menggunakan syampu anti kelemumur untuk menghilangkan kelemumur dikepala kita namun selang beberapa hari kelemumur akan kembali menjelma!.

Ramai dikalangan kita beranggapan bahawa kelemumur mempunyainya kaitan dengan masalah kesihatan dan kekerapan membasuh rambut tetapi sebenarnya tidak! Kelemumur tetap akan terjadi walaupun kita bersyampu atau sebaliknya.

Untuk pengetahuan, kelemumur sebenarnya merupakan satu proses normal hasil pertumbuhan sel kulit kepala baru dimana ianya dikaitkan dengan proses sel kulit tumbuh dan mati lebih cepat berbanding masa yang sepatutnya.

Walaubagaimanapun, punca sebenar terjadinya kelemumur tidak diketahui. Secara umumnya terjadinya kelemumur dikaitkan dengan kewujudan kulat atau fungus yang dikenali sebagai pityrosporum ovale.

Golongan lelaki lebih kerap mengalami masalah kelemumur kerana hormon lelaki memainkan perana utama dalam masalah kelemumur. Lelaki juga mempunyai kelenjar penghasilan minyak yang lebih besar dari wanita. Lain-lain punca masalah kelemumur ialah diet pemakanan yang kurang zink, vitamin B dan sesetengah jenis lemak dan juga masalah penyakit yang berkaitan neurologi.

Secara umumnya, kekerapan bersyampu boleh membantu masalah kelemumur yang dialami tetapi jika syampu tidak banyak membantu, mungkin kita perlu berjumpa pakar kulit.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...