Tolong Klik Iklan Ni

Khamis, 26 Julai 2012

Nostalgia Ramadhan


Sekarang ni aku dah jadi bapak bebudak...semua dah besar panjang dah...dari sibongsu sekolah rendah dan sebesar-besar dah nak kawin dah (tu kalau ada calun pilihan la...). Nih bukan aku nak citer pasal aku jadi bapak bebudak...sajer nak mengimbau kembali kenangan pahit manis masam kelat semasa bulan puasa dan raya dulu-dulu zaman tahun 70an. Bagi aku tahun 70an (kira tahun 71 hingga 76...semasa bersekolah rendah) adalah paling terkesan dalam hati nurani. Satu nostalgia menusuk kalbu yang akan aku ingat kini dan selamanya.

Masa tu mana ada lagi api letrik macam sekarang ni...harap pada pelita ayam la kalau nak menerangi rumah. Kalau nak study siap la sebijik sorang adik beradik spot buku...heheh. Esoknya berjelaga hitam la lubang hidung dengan bahana asap pelita tu. Owhh meleret-leret pulak citer aku nih...hahahahhh.

Ok tanpa buang masa...go to point citer ni. Kebiasaannya setiapkali tiba 10 Ramadhan terakhir pasti akan disambut gembira bebudak kampung.Ye la...masa tu la kita bebudak kampung bebas nak keluar malam bermain hatta kalau balik lewat tengah malam atau kepagi pun mak bapak kita tak marah...maklum la kata orang...semua hantu syaitan kena tambat (eh betul ke kena tambat?). Sebelum ni kalau bukan bulan puasa mesti dah kena jerit suruh balik sebelum azam maghrib berkumandang. Sekali mak bapak kita siap cong (bohong sunat) kata nanti disembunyikan dek hantu...hahah ada betul ke?

Bermula 10 Ramadhan terakhir tu...aku dengan geng-geng sekampung yang sekepala mula la buat perancangan apa aktiviti yang sepatutnya dibuat pada malam-malam tersebut sehingga kemuncaknya malam Tujuh Likur dan seterus malam menjelang raya. Dulu-dulu mak bapak kita orang kebanyakannya miskin...kereta kat kampung haram nak jumpa masa tu...habis kaya pun pakai basikal jepun jadi kita bebudak masa tu jarang-jarang turun kebandar. Setahun sekali tu ada la...tu pun masa hari raya (kan main suka setahun sekali naik bas...heheee).

Maksud aku kat atas tu...kita bebudak jarang-jarang terdedah hal-hal diluar kepompong masa tu...TV pun takde...kalau ada biasa kat pekan. Nak kenal mercun pun tau macam mana rupa mercun...hahahahh. Jadi salah satu hiburan kita bebudak dulu-dulu yelah buat sesuatu yang boleh menceriakan malam-malam 10 Ramadhan terakhir dengan bermain merian @ bedil buluh (karbait biasa ada dijual kat kedai runcit kampung). Apa lagi pada sebelah siangnya kita bebudak siap berparang bergolok pergi mencari buluh yang dikira terbaik untuk dibuat bedil buluh. Buluh yang tak tua dan tak muda juga bersaiz ruas panjang lebih kurang sedepa dan berukuran lilit 4''. Ok semua dah dapat sebatang buluh bedil tuh.

Malam pertama adalah malam ujian...kena test dulu macam mana bunyinya...power ke tak...kalau bunyinya setakat 'kepish kepishhh' jer...keesokan harinya kita cari semula batang buluh yang lain. Owh lupa nak beritau...sebenarnya nak cari batang buluh nih perlu pertolongan abang-abang yang berpengalaman ...takkan kita bebudak yang baru darjah 2 atau 3 kenal sangat jenis buluh yang sesuai dibuat bedil. Owh ye satu lagi...dalam kesempatan tu...kita juga ambik buluh untuk dibuat pelita panjut (pelita buluh yang panjang lebih kurang 2 hingga 3 depa).

Pada malam kedua...maka bermula la 'peperangan' letusan gempita bedil buluh bersahut-sahutan antara satu sama lain termasuk bedil buluh jiran sekampung sebelah. Biasanya operasi 'peperangan' ni bermula selepas waktu berbuka kekadang selepas terawih. Haaa...area tu mula la menjadi tumpuan orang kampung termasuk la mak bapak kita tumpang sekaki tapi kebiasaannya mak bapak kita tak la bagi sokongan moral...maybe bimbang terjadi sesuatu kot...heheee.

Yang paling dan seronok sekali...Malam Tujuh Likur! Hah malam ni la yang paling meriah sekali hatta kampung jiran sebelah menyebelah. Ceria habis wehh!! Lampu panjut yang banyak dipasang disekeliling laman rumah dan lorong-lorong kampung menceriakan lagi suasana malam tujuh likur. Nak bergerak kemana-mana pun senang...tak payah dah pakai lampu suluh berbateri saiz AA tuh...hahaaa...kekadang tu ada jugak yang kreatif buat tanglung sendiri dengan buluh yang diraut dan dibuat bermacam bentuk rupa dan kemudian ditampal dengan kertas berwarna...kebiasaannya kertas wau yang telus cahaya la. Tanglung ni budak pompuan la yang bawak keliling kampung...yang bebudak lelaki pulak tumpang sekaki buat meramaikan keadaan berarak keliling kampung. Pastu ada pulak adegan usik-mengusik bebudak pompuan nih. Seronok bila terkenang nostalgia malam tujuh likur nih.

Segala jenis 'hiburan' malam 10 Ramadhan terakhir tu takde la pulak kita bebudak dulu-dulu putus kaki tangan macam bebudak zaman sekarang nih. Agaknya bebudak zaman sekarang terlampau kreatif. Dulu-dulu maybe bebudak tak terdedah dengan gaya 'McGyver' kot! Hehehhh!!


2 ulasan:

EmmAs berkata...

Kizz Kazz bgla tips2 keselamatan handling meriam buluh tuhh..wat panduan budak2 nih..

Kizz Kazz berkata...

Hahaaa...aku bukan pakar keselamatan dalam bidang ni...main dulu2 pakai hentam jer...janji bunyi kuat...heheee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...