Sejak pertemuan secara spontan dengan SL (State Leader) MyAlza Terengganu saudara Piang semasa Mini TT Daftar ahli baru EOCM kat Mydin Mall...perbincangan untuk mengadakan satu TT bergabung antara EOCM TGK CREW dengan MAOC (MyAlza) dirancang dan akhirnya dapat jugak direalitikan pada malam 27.7.2012 kat Pulau Warisan. Satu TT gabungan MPVantara Proton Exora dan Perodua Alza.
Maka pada malam bulan Ramadhan...tercatatlah satu sejarah perjumpaan antara kelab Exora dan Alza Terengganu. Seronok weh dapat menambahkan lagi kawan-kawan baru dari kelab yang berlainan MPV ni. Kehadiran pada malam tersebut yelah...10 bijik Exora dan 28 bijik Alza...kesemuanya 28 bijik dan disusun berselang-seli. Mantap beb!!
Disamping beramah mesra dan bertukar-tukar pendapat...durian juga menjadi santapan kami. Boleh dikatakan TT makan durian jugak la...hehehee. Sebelum ni TGK CREW sendiri dah menganjurkan satu TT Durian 2012 kat lokasi yang sama.
InsyaAllah akan ada lagi TT gabungan antara kelab MPV kat Terengganu yang akan dianjurkan nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan