Gambar ini diambil pada tahun 1989 (sila rujuk gambar) merupakan satu aktiviti melukis outdoor oleh pelukis2 Angkatan Pelukis Terengganu (APT) yang diadakan setiap hari minggu iaitu setiap petang Jumaat di Pantai Batu Burok diperkarangan bangunan Pengkalan Budaya bermula jam 5.00 hingga 7.00 petang. Aktiviti tersebut meraih minat orangramai yang datang berkunjung di dipantai yang sentiasa menjadi tumpuan ramai setiap hari minggu.
Pelukis2 Terengganu sendiri pada ketika aktiviti itu berlangsung mampu mendekatkan lagi seni lukis kepada orangramai yang berminat melihat dari dekat bagaimana seseorang pelukis menghasilkan karya masing2 sama melukis potret, permandangan dan melihat karya. siap yang turut dipamerkan pada masa itu.
Pada tahun itu APT juga turut berjaya mengadakan pameran senilukis yang julungkalinya telah diadakan didewan Pengkalan Budaya sempena Pesta Pantai dan tahun2 seterus 2 kali pameran senilukis di Hotel Primula dan lain2 tempat lagi.
Antara pelukis2 yang terlibat pada masa itu adalah seperti Cikgu Idris Hashim Salleh sebagai Setiausaha APT, Cikgu Nazli Hamzah, Chang Fee Meng, M.Zain, Ahmad Nashidi, Cikgu Abdul Manan, Cikgu Sahabudin, Cikgu Tengku Afzan, Cikgu Sulaiman, Cikgu Azizah, saya sendiri dan dan ramai lagi pelukis2 yang tak sempat ditulis disini.
Dukacita pada tahun 1994 @ 1995 akhirnya APT telah terkubur meninggalkan lompong atau kekosongan senilukis di Terengganu untuk beberapa tahun lamanya sehinggalah tertubuhnya PERSATUAN PELUKIS TERENGGANU (PeTer) pada akhir 2013 dan didaftarkan dengan ROS secara rasmi pada 7 Mei 2014 yang mana beberapa pelukis dari zaman APT turut melibatkan diri untuk menggerakkan aktiviti2 PeTer dan dibantu beberapa pelukis2 muda untuk sama2 meneruskan kesimbungan senilukis di Terengganu.
Untuk julungkali PeTer terlibat dengan pameran pertama iaitu Pameran DUHAI TANAH AIR di Muzium Negeri Terengganu kelolaan Muzium Negeri, MCAT, Balai Seni Visual Negara (BSVN) dan pada tahun 2014. Pameran tersebut turut digabungkan dengan nukilan sajak bertema kemerdekaan dan kecintaan kepada tanahair seiring dengan beberapa lukisan yang dipamerkan oleh penulis2 dari Persatuan Penulis Terengganu (PELITA)
Selain itu PeTer juga turut dijemput mengadakan pameran senilukis di Muzium Melaka dan Galeri Shah Alam dan juga di Balai Seni Visual Negara. Pada akhir November hingga Disember 2015 atas kelolaan PeTer sendiri, satu pameran senilukis iaitu pameran KITAKITA telah diadakan dengan mempamerkan karya2 terbaru pelukis2 PeTer dilobi Primula Beach Hotel selama 2 minggu. Selepas itu pameran KITAKITA 2.0 disambung pula di lobi Park Inn Hotel sehingga penghujung Disember 2015. Dalam pada itu juga PeTer turut dijemput mengadakan mini pameran di Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong sempena perlumbaan kapal layar Monsoon Cup.
Pelukis2 PeTer juga saban minggu turut mengadakan beberapa aktiviti outdoor atau lebih dikenali pleinair dilokasi2 tertentu seperti pleinair di Pulau Duyong, Pulau Ketam, Pasar Kedai Payang, Laman Rumah Haji Su, Taman Tamadun Islam (Masjid Kristal, Jeti Penambang Seberang Takir, Art Market diperkarangan Muzium Negeri, Pulau Kekabu dan program 20 Pelukis Melukis Terbuka 2016 yang diadakan di perkarangan Muzium Negeri yang mendapat sambutan dari orangramai dan liputan dari akhbar Sinar Harian dan Berita Harian.
Dengan pelbagai aktiviti yang telah dijalankan tersebut adalah diharapkan mampu menyerlahkan atau membangkitkan kembali kegemilangan senilukis dan juga bakat2 pelukis2 sama baru atau yang lama dapat diperkembangkan lagi di Terengganu khasnya dan di Malaysia amnya.
Penekanan: PeTer bukanlah kesimbungan APT tetapi ianya ditubuhkan sebagai suatu kaedah untuk menghimpunkan pelukis2 dibawah satu bumbung demi kelangsungan kumpulan bakat2 pelukis untuk terus menghidupkan semangat senilukis di Terengganu
Sekian.
Penulis: Kazz Kadri
(Bendahari & Pendaftar Keahlian)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan