Apa point aku nak cerita ni...lama dah tak update entri pasal kenderaan ni. Ok! Kali ni aku nak cerita hal berkenaan kuasa tambahan pada Exora aku dengan pemasangan sejenis item yang dipanggil Botol Pawer (Power sebenarnya). Botol pawer tersebut dibekalkan oleh salah seorang ahli kelab EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT (EOCMotorsport) yang diimport dari Thailand.
Kebetulan pada 7 Mac 2014 saudara Zan dan dua pembantunya telah datang ke Terengganu untuk memasang botol pawer kepada Exora ahli-ahli EOCMotorsport Terengganu sepertimana yang telah dijanjikan pada tarikh tersebut di TER, Kuala Ibai. TT pasang botol pawer telah diorganise oleh saudara Rahim yang telah berusaha mengumpul ahli-ahli yang berminat meningkatkan lagi kuasa Exora samada model enjin Campro CPS atau model enjin CFE (turbo). Perlu diingat, selain model Proton kereta jenama lain juga boleh memasang botol pawer tersebut.
Oleh kerana ahli-ahli yang ingin memasang botol pawer melebihi 30 buah Exora termasuk juga kereta lain-lain jenama telah diadakan 3 sesi pemasangan iaitu pada sebelah pagi sebelum berhenti rehat untuk solat Jumaat dan seterusnya pada sesi petang dan kemudian pada sesi sebelah malam pula ketika mengeteh di kawasan parking bertingkat ditengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu. Dalam kesempatan itu aku telah mengambil peluang untuk memasang botol pawer tersebut pada sesi petang.
Pada mulanya aku hanya memasang sebijik botol pawer tetapi kemudian ditambah lagi satu untuk lebih UMMPPHHHH!! Heheeee.
Sebelum itu, pemasangan botol pawer telah pun diadakan beberapakali oleh saudara Zan iaitu ketika event SAT pada bulan Disember 2013 yang lalu kemudian diikuti pemasangan pada bulan Januari 2014 yang juga dibuat di TER.
Ok berbalik kepada pemasangan dan penggunaan dan juga kelebihan botol pawer yang telah dipasang pada ruang engine bay Exora (rujuk gambar). Ni testimoni aku, setelah penggunaan hampir 2 minggu (sehingga pemanduan 18.3.2014) dengan 2 bijik botol pawer (sebenarnya pasang sebijik pun dah ada perbezaan yang agak ketara...), kesan dari penggunaan botol pawer tersebut adalah contohnya untuk enjin Campro CPS Exora aku ianya dapat membekalkan angin yang cukup untuk sistem yang menggunakan angin seperti brake system, valve opening, air intake, air cooler, gear switching yang menyebabkan kuasa enjin berasa lebih ringan dan kurang mengaum, lebih pickup memberi lebih keyakinan untuk memotong dan kuasa membrek lebih mantap.
Bagi Exora Campro CPS aku yang menggunakan gearbox manual dapat dirasai seolah-olah membawa kereta gear automatik kerana enjin tak mati yang mungkin enjinnya dijana dengan kuasa yang lebih hasil tekanan angin yang dihasilkan. Perlu ditekankan, angin yang dibekalkan oleh botol pawer lebih kurang serupa dengan cara penggunaan surbo atau yang seangkatannya yang menyedut angin luar untuk dibekalkan kepada sistem angin kereta tetapi berbeza dengan sistem angin yang dibekalkan oleh botol pawer yang mana angin yang dibekalkan oleh botol pawer tersebut terhasil dari hawa sejuk sistem air-con kereta. Ini bermakna sistem enjin dapat bekalan angin sejuk hampir 100%. Manakala dari segi penjimatan minyak ada jugak save skit sebab penggunaan ratio fuel yang berkurangan.
*Pemberitahuan: Botol tersebut ada 2 jenis sebenarnya. Satu botol yang berwarna krom merupakan botol untuk kuasa dan satu lagi botol yang berwarna biru khas untuk kuasa brek sahaja namun jika memakai yang berwarna krom pun dah ok untuk support kuasa dan sistem brek.
Ok lah, tu ajer yang nak aku cerita skit sebanyak kelebihan penggunaan BOTOL PAWER yang telah dipasang pada Exora kesayangan. Untuk makluman korang aku pasang botol pawer tu bukan nak merempit laju tapi nak sedap bawak jer...errr tekan pedal minyak separuh jer tapi seolah-olah kita tekan habis lantai...heheeee. Sekarang ni kalau nak memotong pun rasa lebih yakin!
3 ulasan:
Kepada sesiapa yg nak pasang botol pawer boleh la berhubung dgn saudara Zan di talian 016-321 4223...harga ahli EOCMotorsport murah skit dari bukan ahli...
Brapa kos pasang ni tuan
Pertanyaan harga botol pawer boleh call terus no hp yg ada kat atas...tq kerana sudi melawat blog Sisi Kizz Kazz
Catat Ulasan