Menjelang hari raya Berakhirnya puasa Bergema takbir senja Menyambut Syawal tiba..... |
Dikesempatan ini aku mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca dan pengikut blog Sisi Kizz Kazz yang tak jemu-jemu memberi sokongan padu dengan sentiasa mengikut setiap entri yang terkandung pada blog aku ni. Tanpa anda semua siapalah aku!
Kepada sahabat-sahabat FB, Twitter dan Google+ yang sentiasa dapat update entri blog aku, andainya ada tersalah kata, tersilap bicara, terlajak ayat, terlebih madah dan berbagai TER lagi, aku mohon MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Kepada sahabat-sahabat perantauan, selamat pulang ke kampung halaman. Yang memandu kenderaan tu, berhati-hatilah semasa memandu samada dilebuhraya, jalan persekutuan mahupun dijalan bandaran dan jalan kampung. PANDU CERMAT JIWA SELAMAT AGAR TIBA DIDESTINASI MASING-MASING dengan penuh keriangan bersama famili tersayang.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1 SYAWAL 1433H, MAAF ZAHIR & BATIN DARI KIZZ KAZZ SEFAMILI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan