Tolong Klik Iklan Ni

Selasa, 7 Ogos 2012

Mencari Lailatul Qadar


Para ulama berselisih pendapat mengenai bila waktu terjadinya Lailatul Qadar. Namun begitu, sebahagian besar para ulama menyatakan bahawa Lailatul Qadar terdapat pada malam-malam terakhir 10 Ramadhan. Jatuhnya malam Lailatul Qadar berbeza pula pendapat para ulama. Sesetengah ulama ada yang menyatakan 1 Ramadhan atau 17 Ramadhan tetapi pendapat yang paling kuat adalah pada malam-malam ganjil 10 Ramadhan terakhir iaitu 21,23,25,27 dan 29 Ramadhan.

Firman Allah S.W.T, ''Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini pada malam Lailatul Qadar. Apakah kebesaran yang terdapat pada malam Lailatul Qadar? Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu sehingga terbitnya fajar''. (Al-Qadr: 1-5)

Kerana tidak ada keterangan bila terjadinya malam Lailatul Qadar, maka sebaik-baiknya kita menghabiskan waktu dengan beribadah dengan bersungguh-sungguh pada bermulanya malam ke 20 dan seterusnya. Sesungguhnya apabila kita berusaha menghabiskan 10 malam atau 11 malam terakhir dengan penuh tawaduk, ganjaranya amat besar yang akan kita perolehi dengan pahala yang tak ternilai serta sangat-sangat bermakna dan juga kebaikan yang bakal kita terima.

Semoga kita semua hendaknya mendapat manfaat bersama dalam melakukan solat malam dibulan Ramadhan agar kita mendapat isyarat atau tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadar dengan sabar dan tenang...InsyaAllah


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...