Tolong Klik Iklan Ni

Ahad, 4 November 2012

Dia Pergi Jua....

Selama 7 tahun lebih bersama mu...akhirnya kau pergi jua...meninggalkan aku bersama seribu kenangan terindah ketika susah dan senang. Walaupun sedih menyelinap dihati namun aku terpaksa dalam rela melepaskan kau ke tangan insan yang mampu menjaga mu...........


Fuhh ayat kat atas tu...macam melepaskan kekasih tanpa rela pulak...hahaaa. Tapi memang betul pun kerana Iswara lah 'kekasih' hati sebelum Exora yang aku gunapakai sekarang ni. Hurmm...oleh kerana aku dah tak mampu menjaganya dengan penuh kasih sayang seperti awal-awal ketika masih bersama, ketika bodynya masih bergetah, ketika dalamannya masih masih anggun dan kini kian berusia dan wajah kusam mula menjenguh usia...aku terpaksalah lepaskan 'janda' ku ketangan pemilik baru...huhuuu


Dengan ketiadaan Iswara...tumpuan dan kasih sayang tertumpah sepenuhnya pada Exora...'kekasih hati yang lebih genit dan lebih anggun! Sekali lagi...aku mohon maaf pada Iswara ku namun ingatan ketika bersama tak akan terpadam selamanya...errr termasuk 'janda-janda' yang terdahulu...huhuuu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...