Tolong Klik Iklan Ni
Selasa, 12 Jun 2012
Musim Durian Kembali
Raja segala buah, durian kini kembali...hah tengok tu, berpusu-pusu kaum kerabat turun ke Pasar Payang Kuala Terengganu nak membeli durian...ramai wehh walaupun durian ketika ni masih mahal lagi, maklum la musim durian baru bermula.
Tengok harga durian D101 tu...RM10 sekilo...kalau Musang King RM20 sekilo, sebijik yang besar biasa berat 3-4 kilo sebijik...hah cuba korang darabkan...pergghhhh!
Yang ni durian kampung dan kebetulan dijual secara longgok...3 bijik satu longgok, 2 longgok RM30...huh mahalnya! Last2 durian dah nak habis tokey durian tu offer kesemua longgokan tu hanya RM35 jer...nak perabis stok katanya...apa lagi aku kata kasi bungkus masuk plastik...hahahahaa.....
Sabtu, 9 Jun 2012
EURO 2012
Musim bola musim berjaga sampai kepagi, demam bola dah start melanda peminat-peminat sukan bolasepak EURO 2012. Tirai perlawanan bermula pada 8 Jun di Warsaw, Poland sebagai tuanrumah bersama Ukraine. Perlawanan pembuka tirai antara tuanrumah Poland menentang Greece. Perlawanan akhir pada 1 Julai, hampir sebulan kaki bola bersengkang mata menonton pasukan pilihan masing-masing!
Hah, masa ni la TV dirumah akan menjadi tumpuan kaki bola mengadap sampai kepagi. Kalau nak lagi best pakat dengan kawan-kawan 'sealiran' tengok kat kedai mamak atau restoran yang ada layar besar lagi bertambah seronok. Esok pepagi mula la mata sembab taknak celik...hehehee.
Biasa la kalu tengok bola secara langsung TV kat rumah, siap suruh wife sediakan kopi sekole dan sikit makanan ringan buat hilang mengantuk...pengalaman sendiri...kekadang TV tengok kita! Hahahaaa.
Makan Bola Tidur Bola EURO 2012!
Jumaat, 8 Jun 2012
Pemenang Logo TMT 2013
Siti Nazira Abd Rahman, 23 tahun iaitu pelajar Art & Design Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah dipilih sebagai pemenang peraduan mencipta logo Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013). Pertandingan mencipta logo TMT 2013 yang bertemakan Aspirasi Darul Iman - Satu Idea Satu Harapan telah menerima sebanyak 130 penyertaan.
Dengan kemenangan itu, Siti Nazira Abd Rahman yang berasal dari Kampung Pauh, Kuala Berang, membawa pulang hadiah utama bernilai RM10,000 dan 4 lagi peserta masing-masing mendapat hadiah saguhati bernilai RM1000 setiap seorang.
Pelbagai keunikan yang sinonim dengan negeri Terengganu ditampilkan oleh Siti Nazira Abd Rahman dimana mempunyai gambaran berkaitan dengan penyu, kejohanan perahu layar (Monsoon Cup), songket/batik, tembaga dan pulau pada logo Tahun Melawat Terengganu 2013 tersebut.
Sumber
Selasa, 5 Jun 2012
Trip Ke Perlis
| Pertamakali guna GPS :) |
Baru jer balik dari Penang tempohari:- sila klik Trip To Penang... kami sefamili sekali lagi merentasi banjaran Titiwangsa (Lebuhraya Timur-Barat) ke negeri Indera Kayangan - 27-29 Mei, kali ni atas urusan menghantar puteri ketiga mendaftar masuk di Kolej Matrikulasi Perlis di Arau. Seperti biasa la...EOCM - 647 no pesawat Proton Exora menjadi nadi pengangkutan kami sekeluarga dan bagasi yang banyak juga la...ermmm Exora memang sesuai sangat untuk perjalanan jauh...heheee. Trip kali ni juga pertamakali berpandukan GPS (pinjam dengan kawan)...memudahkan cari tempat yang dituju.
| Ketika baru tiba di perkarangan KMP |
| TT bersama NEXO di Sukee Station |
| Hari pendaftaran dan taklimat ibubapa/pelajar |
| Laksa Perlis D' Adna Laksa House, Kuala Perlis |
| Cenderahati dari Padang Besar...hehehee |
Kami sefamili tiba di Kolej Matrikulasi kira-kira jam 4.30 petang selepas menempuh ranjau perjalanan dan hujan lebat/panas terik sambil dibantu GPS. Walaupun guna GPS, kami masih tersesat jugak la...bukan 100% boleh diikut GPS ni...nak kena guna kemahiran membaca papantanda jalan jugak!
Kami menginap diasrama pelajar yang disediakan oleh pihak pengurusan Kolej Matrikulasi Perlis...ok la tu...jimat belanja...hehehee.
Pada sebelah malam, kami berkesempatan berTT dengan rakan-rakan sealiran iaitu NEXO. Walaupun NEXO bukan dalam EOCM tetapi atas tali silaturrahim, kami tetap berTT seperti biasa di bandar Kangar (ahli-ahli NEXO merupakan pecahan dari EOCM). Terimakasih rakan-rakan NEXO kerana sudi menjemput kami sefamili berTT.
Di hari kedua, kami mengambil kesempatan merasai kelazatan laksa Perlis, Kuala Perlis di restoran D' Adna Laksa House...perghhh memang sedap beb! Selepas selesai makan laksa Pelis, kami pergi ke Padang Besar...shopping la apa-apa yang patut sebagai buah tangan untuk dibawa balik ke Terengganu.
** Satu kenangan yang tak akan kami sefamili lupakan sampai bila-bila. Ketika sampai di Penang pada jam 12.00 tengahmalam, kami dah amat mengantuk dan mengambil keputusan stay di Penang tapi malangnya semua bilik hotel dah penuh...maklum la musim cuti sekolah. Kami takde pilihan lain terpaksa tidur dalam kabin Exora di sebuah stesen minyak. Satu pengalaman manis tidur dalam kabin Exora!
Takde hal kami sefamili seramai 5 orang tidur dalam kabin Exora. Memang luas bila dibaringkan barisan seat belakang dan tengah...lena sampai subuh! :D
Langgan:
Catatan (Atom)

