Bismillahiraamaniraahim
Assalamualaikum warahmatullahiwabaratuh
Salam sejahtera dan salam 1Terengganu 1Malaysia
Terimakasih kepada pengacara majlis yg memberi peluang saya utk berdiri dihadapan tetamu2 yang dikasihi dan dihormati sekalian
Terimakasih yg tak hingga kepada tetamu kehormat yang sudi meluangkan masa pada majlis Makan Malam sempena SAMBUTAN AKHIR TAHUN (SAT) EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT (EOCM) iaitu:
En Roslan bin Mohamad - selaku Pengarah Urusan Maxoil Terengganu
En Mazuki bin Husin - selaku Pengurus Besar Primula Beach Hotel
Encik Ridzwan Tawil - selaku Pengarah Urusan Terengganu Equestrian Resort
Wakil - Trafik Ibu Pejabat Kontijen
Wakil Sinar Harian
Dan tak lupa juga kepada Presiden kita merangkap Penasihat SAT En Shazli bin Ibrahim, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ahli Majlis Tertinggi EOCM, Penasihat EOCM Datuk Shaiful Nizam bin Datuk Abdul Hamid, sahabat2, penaja2 dan rakan media yang hadir menyerikan malam yang penuh bermakna ini.
Syukur kehadrat Allah kerana memberi kesempatan kepada kita utk berkumpul dan beriadah bersama famili yg besar pada majlis makan malam dan beberapa aktiviti yg telah disusun seperti acara pertandingan EXORA KEMAHH yang telahpun berlangsung pada petang siang tadi, Fundrive pada keesokannya dan sukaneka yang telah disusun bersesuaian dengan motto PROUD TOGETHER
Saya selaku Pengerusi SAT mengucap ribuan terimakasih kepada AJK SAT terutamanya EOCM Terengganu atau lebih dikenali BEKENG KOMUNITI dibawah kepimpinan saudara En Ahmad Badri bin Hashim selaku Ketua Negeri dan juga merangkap Pengarah Projek SAT dan juga crew2 terlibat yg bertungkus lumus bagi menjaya dan menyempurnakan program seumpama ini
Pada majlis makan malam ini, kami sebagai tuanrumah dengan kerjasama PRIMULA BEACH HOTEL akan memberi sebaik mungkin persembahan dari segi layanan sesuai dgn NEGERI CANTIK BUDAYA MENARIK tetapi sekiranya ada beberapa kekurangan tanpa disedari oleh kami, kami menyusun sepuluh jari jemari memohon ampun mentelaah pula sebahagian besar dikalangan kami masih baru utk menjadikan SAT ini terlalu sempurna dimata dan dihati kita
Utk makluman para hadirin, program yang direalisasikan ini merupakan program tahunan dalaman EOCM yang diadakan pada penghujung tahun yg mana untuk pertamakalinya dilangsungkan selama 3 hari 2 malam
Kenapa dipilih 3 hari 2 malam? Ini kerana ianya memberi peluang utk rakan2 kita mendapat rehat secukupnya dan merupakan satu program REKREASI KELAB SAMBIL MELANCUNG dan ianya juga amat bersesuaian sempena TAHUN MELAWAT TERENGGANU 2013 meskipun dipenghujung tahun...walaubagaimanapun kesannya akan berterusan kerana adanya TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014 tak sampai beberapa minggu lagi
Para hadirin yang di hormati sekalian,
Pada kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah kepada semua peserta SAT dari segenap pelusuk negeri yang telah berjaya sampai ke sini semata-mata untuk menunjukkan bahawa ikatan silatulrahim tiada batas dan penghujungnya walaupun ada halangan pada musim tengkujuh ini yang mana beberapa kawasan dinegeri2 yang terlibat menghadapi bencana banjir. Jutaan terima kepada semua warga EOCM yang sudi hadir terutamanya isteri dan anak-anak yang tetap setia dan sehati sejiwa dalam memacu setiap aktiviti yang telah dilaksanakan. Perhimpunan serta pertemuan ini boleh dijadikan landasan untuk mengukuhkan lagi ukhwah perpaduan dan keharmonian dan selaras dengan ini ia bertepatan dengan salah satu objektif penubuhan EOCM
Saya amat menghargai pengorbanan dan penglibatan semua bagi memastikan SAT tetap berlangsung dengan jayanya dan secara tak langsung menjadi EOCM sebuah kelab permotoran yg dipandang masyarakat terutamanya kepada pemilik2 Proton Exora di Malaysia amnya dan di Terengganu khasnya
Disini saya juga ingin mengambil peluang merakam ucapan terimakasih yg tak terhingga kepada sahabat kita yg sanggup datang menyeberangi lautan membelahi awan iaitu saudara Jamali Mahran bersama famili dari Sarawak, walaupun Exora beliau terpaksa ditinggalkan tetapi beliau bersanggupan menyewa Exora utk sehari semalam bagi menyertai Fundrive pada esoknya. Berikan tepukan atas semangat beliau. Tahniah!
Akhir kata penamat bicara, sekali lagi saya dan ajk2 SAT menyusun menyusun jari mohon kemaafan andainya ada terkhilaf bahasa terbelit lidah terkurang khidmat terlanjur budibicara
Dengan ini saya sudahi wabilahi taufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Sekian. Terimakasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan