Tolong Klik Iklan Ni

Rabu, 25 November 2015

Secalit Warna

SECALIT WARNA

LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA (LPSVN) sangat berbangga kerana dapat berkerjasama dengan Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer) dan Negeri Terengganu amnya dalam menjayakan program 1MCAT 2015 melalui Pameran KITAKITA

Pameran ini yang mengungkap suatu ekspresi lokal yang menzahirkan keunikan dan kepelbagaian warna budaya tempatan merupakan satu pengalaman yang mempersonakan. Saya begitu optimis dengan pelbagai subjek yang terdapat di Terengganu ini bakal divisualkan dengan penuh gaya tersendiri kerana Persatuan Pelukis Terengganu mempunyai pelukis yang tercatat namanya dipeta persada seni visual tempatan dan luar negara.

Semoga pameran ini dapat memberi satu inspirasi serta pengetahuan baru kepada masyarakat kearah membangunkan seni visual di negeri Terengganu. Tahniah kepada semua yang terlibat dan khususnya kepada penggiat seni jemputan yang berusaha menjayakan pameran ini.

Syabas sekali lagi kepada semua yang terlibat diatas segala komitmen yang memungkinkan kejayaan pameran ini dan seterusnya program dan aktiviti-aktiviti seniyang bakal berlangsung pada masa hadapan.

DATO' AHMAD NAJB BIN AHMAD DAWA
KETUA PENGARAH
LEMBAGA PEMBANGUNAN  SENI VISUAL NEGARA

Selasa, 24 November 2015

29 Pelukis 53 Karya

Gabungan seramai 29 pelukis dan 53 buah karya cetusan ilham untuk menggambar ekspresi dan inspirasi masing-masing di Pameran KITAKITA.

Jangan lepaskan peluang menatap dan menghayati air tangan mereka sepanjang tempoh pameran berlangsung!

Isnin, 23 November 2015

Kita Dalam KITAKITA

Diksi KITAKITA menunjuk pada gantinama diri yang menggambarkan satu kelompok manusia yang membahasakan dengan nada rendah diri. Dalam pada itu KITAKITA turut menggambarkan kesatuan dan kesepaduan dalam usia Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer) yang masih muda untuk turut bersama memberi kepelbagaian warna dipersada seni lukis tanah air.

KITAKITA berusaha menzahirkan citra dan jatidiri lokal melalui  subjek budaya, lanskap dan monumen. Tema ini mengungkap rasa 'kekitaan' sebagai watan yanv memiliki apresiasi terhadap tanah kelahiran. KITAKITA secara tak langsung merupakan ekspresi kecaknaan terhadap persekitaran. Semoga sedikit dari sumbangan dikongsi bersama. Insha Allah.

Petikan dari buku katalog Pameran KITAKITA

Jumaat, 20 November 2015

Jemputan Terbuka Ke Pameran KITAKTA

Dengan penuh takzim, Persatuan Pelukis Terengganu - PeTer, menjemput khalayak senilukis (peminat, pelukis, penulis dan para kolektor) di Terengganu khasnya, di Pantai Timur amnya dan juga diseluruh pelusuk tanah air, hadir untuk menyaksikan pameran KITAKITA seperti mana yang tertera pada kad jemputan dibawah:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...