Tolong Klik Iklan Ni

Isnin, 31 Disember 2012

Selamat Tahun Baru 2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Kepada Sahabat-Sahabat Dan Pengunjung Setia

Semoga 2013 Sukses Sokmo!


Penerangan Logo TMT 2013


1hb Januari 2013 Terengganu akan menyambut tahun baru 2013 dengan Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013) dengan sasaran menarik lebih kurang 4 juta pelancung berkunjung di negeri Terengganu. Semoga rakyat negeri Terengganu beroleh kesan limpahan rezeki dari segi pembelanjaan para pelancung yang datang melawat dan membeli belah terutamanya barangan kraft seperti batik, songket, tembaga, anyaman mengkuang dan lain-lain lagi kraft yang sinonim dengan Terengganu.

Untuk rekod, Terengganu dikunjungi sejumlah 3.8 juta pelancung pada tahun 2011 dan sasaran 3.9 juta pada tahun 2012. Berikut penerangan logo TMT 2013.


Isnin, 24 Disember 2012

Info Banjir Di Kawasan Anda


Untuk mendapat info banjir dikawasan anda
sila klik

Proton Exora Bold CFE Standard


UPDATE: Exora Bold CFE Standard akan dilancarkan pada 09.01.2013
*Harga: RM69,000 (Metalic) / RM68,550 (Solid)

Proton akan melancarkan varian baru Proton Exora Bold, iaitu Exora Bold CFE Turbo Standard yang berharga cuma RM68,550 sahaja! Selain tu model Exora Bold Eksekutif bakal dihentikan pengeluarannya.

Foto di update 7.1.13 dari FB Indahsari Otomobil


Untuk makluman, sejak dilancarkan pada 16 September 2012, sebanyak 15,525 Proton Exora Bold telah berada diatas jalanraya dengan purata 2000 unit setiap bulan berbanding tahun 2011 yang hanya 1800 unit sahaja. Ini bermakna, dengan kehadiran Exora Bold lebih-lebih lagi varian turbo CFE Premium, Proton telah berjaya menarik minat orangramai untuk membeli Proton Exora.

Exora Bold CFE Standard ini akan dikeluar dalam 2 warna pilihan iaitu Genetic Silver dan Solid White dan serta beberapa ciri-ciri yang hampir sama dengan CFE Premium.

p/s: Adusssss...terbakar dah rasa ni...rasa nak trade in jer Exora CPS EB (Exora Basic) aku nih!


Isnin, 17 Disember 2012

Bila Enjin Kereta Gagal Berfungsi


Kita pasti pernah melalui saat genting samada dari segi mengejar masa untuk ketempat kerja, nak hadir meeting atau lain-lain hal tapi malangnya kereta pulak meragam, start enjin taknak hidup atau breakdown kat tengah jalan. Huh! Tak ke panas hati. Situasi seperti ni pasti terjadi yang mungkin kita dengar dari dari rakan-rakan kita atau keluarga kita ataupun kita sendiri pernah alami situasi tersebut. Grrrrrr...bila kena kat kereta kita lah. Pasti kita menyumpah seranah kat kereta...Hehehh.

Walaubagaimanapun, situasi tersebut kita boleh atasi sekiranya kita menjaga kereta dengan sempurna dengan membuat servis secara berkala. Sekiranya kurang penyelenggara tak mustahil kereta kita tak dapat dihidupkan yang mungkin berpunca dari bateri yang lemah atau gagal berfungsi. Selain tu mungkin juga kegagalan sistem starter (kerosakan motor penghidup). Kemungkinan lain enjin tak dapat dihidupkan berpunca dari kerosakan pada sistem saluran bahan bakar atau sistem pencucuhan malah sistem saluran bahan bakar tersebut overflow dan sekaligus menyebabkan ruang pembakaran terlalu lembap dengan campuran udara yang tak betul.

Kalau terjadinya perkara seumpamanya pada kereta kita sendiri, kita boleh atasi dengan melakukan beberapa tip. Kita boleh cuba menghidupkan dengan bateri baru. Cara menghidupkan enjin kita perlulah menekan pedal minyak ketahap maksima supaya lebih udara dapat masuk keruang pembakaran enjin. Tapi jika kereta masih gagal berfungsi dengan baik, kita perlu refer kat mekanik. Ingat tu, enjin adalah nadi kereta kita!

Jumaat, 14 Disember 2012

Tip Penjagaan Songket


Kain songket merupakan seni tenunan warisan Melayu yang mempunyai corak-corak yang dihasilkan dengan menggunakan kain yang ditenun dengan disulam benang emas ataupun benang perak. Kemahiran dan kreativiti penenun terserlah melalui sususan dan jalinan benang emas atau perak bagi membentuk motif yang menghiasi badan kain, kepala kain dan kaki kain.

Kain songket mempunyai nilai yang tinggi dalam masyarakat Melayu. Kebiasaannya kain songket digunakan sebagai sampin yang dipakai dengan baju Melayu bagi lelaki dan dibuat baju kurung atau kebaya dan kebiasaannya juga dipakai pada majlis-majlis tertentu.

Selain itu, kain songket boleh dijadikan koleksi yang sangat berharga kerana lagi lama dimiliki oleh seseorang, nilainya akan lebih tinggi. Oleh itu penjagaan kain songket mestilah dilakukan dengan sempurna untuk mengelakkan benang tenunan daripada patah atau rosak. Berikut tip penjagaan yang betul untuk kain songket supaya ia tahan lebih lama.

1. Gunakan kertas bebas asid sebagai pelapik pada permukaan dalam dan luar kain sebelum digulungkan pada helaian kain songket.
2. Sarung pelekat juga boleh digunakan pada alas untuk menggulung kain songket.
3. Simpan gulungan songket dengan cermat secara menegak di dalam almari bagi mengelakkan daripada dihempap oleh fabrik atau pakaian lain.
4. Elakkan menggosok kain songket kerana ia akan menjejaskan kualiti tenunan benang emas itu sendiri.
5. Cucian kering (dry cleaning) merupakan pilihan yang sesuai.
6. Selain itu, teknik gerus adalah cara mengilat kain songket iaitu menggunakan papan gerus, siput gerus, damar batu dan lilin lebah agar kain songket lebih berseri dalam jangkamasa yang lama.

Sabtu, 8 Disember 2012

MPV Terbaik 2012!


Proton menawarkan kepada pengguna-pengguna kenderaan yang mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia yang berbangga dengan kereta keluaran dan buatan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia. Salah satunya ialah MPV pertama keluaran Proton iaitu Proton Exora.

Proton Exora Bold bernadikan enjin 1.6cc CFE CVT (Turbo) telah dinobatkan MPV Terbaik 2012 pada anugerah tahunan NST-Maybank COTY di Saujana Kuala Lumpur, Glenmarie, Shah Alam. Tahniah!


Senarai Pemenang Anugerah NST-Maybank COTY 2012:

Kereta Kompak: Honda CR-Z
Kereta Kompak Premium: Mercedes-Benz B200
Kereta Keluarga: Ford Focus
Kereta Eksekutif: Peugeot 508
Kereta Eksekutif Premium (Bawah RM300,000): BMW 328i
Kereta Eksekutif Premium (Atas RM300,000): BMW 528i
Kereta Prestasi: Toyota 86
Coupe/Cabriolet: Mercedes-Benz SLK
Station Wagon: Peugeot 508 SW
SUV: Mazda CX-5
SUV Premium: Range Rover Evoque
MPV: Proton Exora Bold
MPV Premium: Nissan Elgrand
Trak Pikup: Ford Ranger 2.2

Kereta Tahunan: FORD RANGER 2.2


Jumaat, 7 Disember 2012

EOCM Terengganu Di OTOMANIA

Gambar pinjam kawan kat FB...hehee

Sebenarnya aku jarang-jarang beli majalah-majalah kereta berbentuk modifikasi yang banyak terbit dipasaran semasa nih. Dedulu rajin gak la beli seperti majalah 'Kereta' dan 'Gila Kereta'...saja jer beli nak tengok gambar-gambar kereta yang telah dimodifikasi bahagian enjin dan dalam kabin kereta...kekadang nak tengok sistem audio pasal aku lebih minat kearah bunyi-bunyian...hehehh. Tapi sejak pakai Exora, aku langsung tak beli majalah-majlah tersebut dan lain-lain majalah permotoran/modifikasi...setakat belek-belek majalah tu kat kedai mamak jual akhbar tu biasa la...heheee. It's free dan mamak tu tengok sambil mata mengerling tajam...hahahhh.

Oleh kerana dapat call dari seorang sahabat iaitu saudara Baragas EOCM yang beritahu ada terbitnya hal-hal yang berkisar aktiviti EOCM termasuk aktiviti di Terengganu, 'terpaksa' la aku keluar duit dari dompet buruk untuk beli majalah OTOMANIA keluaran Disember 2012. Beli pun kerana ada gambar Exora aku semasa hari kejadian Konvoi Amal Hari Malaysia. Terimakasih pada saudara Baragas EOCM yang bersusah payah call aku...heheee.

Selasa, 4 Disember 2012

Exora Prime Tun Mahathir

Pernah tak kita tengok Proton Exora Prime kepunyaan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.Mahathir Mohamad? Jom kita tengok beberapa keping foto-foto Exora Prime beliau.


No plet 'Proton 2020'

Mengancam sportrim ni...

Aku sebagai pemilik Proton Exora (model B-Line jer...heheee) bangga gak bila bekas pemimpin negara kesayangan kita turut menggunakan Proton Exora.


Sumber Foto

Sabtu, 1 Disember 2012

Majlis Khatan Beramai-Ramai

Dua orang anak aku dah pun bersunat atau berkhatan kat klinik...kali ni pada hari ni 1.Dis, anak yang ngelast bersunat secara beramai-ramai pada majlis yang dianjurkan sebuah badan politik. Cara bersunat beramai-ramai tak melibat kos 'tinggi' yang biasa kalau kita lakukan kat klinik atau tok mudim.

Biasanya la...kos bersunat kat klinik swasta kosnya mencecah RM150 hingga RM180 atas satu kepala (apa yang aku tanya beberapa buah klinik swasta). Bersunat cara beramai-ramai hanya bayar RM50 jer! Jimat skit...heheee.

Sarapan dulu sebelum bersunat...makan puas-puas ye

Sedang menunggu giliran...anak aku giliran yang ke 20 dari 41 peserta

Ibubapa yang turut hadir untuk memberi semangat

Lega dah!

Yang seronoknya bersunat ramai-ramai ni...kita boleh tengok pelbagai kerenah budak-budak yang nak kena sunat tu...ada yang macam nak menangis dan terpaksa dipujuk oleh ibubapa, ada yang wajahnya nampak pucat lesi, ada yang rasa penuh konfiden jer dan lain-lain seribu macam kerenah...yang menangis masa operate anu...ramai jugak la...ada la dalam 8 budak-budak menangis menahan kesakitan di'gigit semut'...hahaaa suka pulak tengok dan teringat zaman aku bersunat masa budak-budak dahulu kala.

Alhamdulillah...anak yang ngelast aku ni selamba jer...tempuhi ke 'alam dewasa' dengan penuh keyakinan. Tahniah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...